Ciri-Ciri Aplikasi Pulse by Prudential

Jika anda telah dapatkan pelan Takaful daripada Prudential, jangan lupa download aplikasi Pulse by Prudential. Jika masih belum download, sila ikuti cara berikut;

  1. Muat turun aplikasi “We Do Pulse” dari App Store (pengguna iOS) atau Google Play (pengguna Android)
  1. Selepas muat turun dan pemasangan, lengkapkan pendaftaran menggunakan e-mel semasa, akaun Facebook, akaun Google atau akaun Apple anda (pengguna iOS)
  2. Selepas mendaftar, ikuti arahan yang diberi untuk melengkapkan profil anda sebagai pengguna baharu.

Apakah ciri-ciri yang tersedia di Pulse?

  • Pemeriksa Simptom – Fahami simptom-simptom anda dengan lebih baik dan belajar mengenai punca-punca, kondisi, dan isu-isu penyebab dengan maklumat mudah untuk difahami apabila anda menjawab satu siri soalan bersama chatbot dikuasakan AI kami. Sama ada sakit dada, kerisauan mengenai tahap kolesterol, migrain, sakit kepala, atau demam – bantuan dalam satu klik jauh sahaja.
  • Pemeriksa Kesihatan – Lengkapkan penilaian dalam talian dan dapatkan petunjuk mengenai tahap kesihatan anda melalui satu Kembar Digital.
  • Rundingan Dalam Talian – Jumpa seorang doktor yang disediakan oleh DoctoronCall, walaupun anda tidak berkesempatan untuk buat begitu. Membuat panggilan video atau audio dengan seorang doktor di mana-mana saja anda berasa. Kos rundingan adalah RM10.00 untuk bukan pelanggan Prudential dan percuma untuk pelanggan Prudential. Perkhidmatan ini tersedia di 0800-2359 setiap hari.
  • Amaran Denggi – kekal peka dan meramal penularan denggi seterusnya berdasarkan lokasi anda sehingga 3 bulan lebih awal.
  • Pengesan Kecergasan – Import data kesihatan daripada aplikasi kesihatan dan peranti boleh pakai sedia ada. Pulse sedia disepadukan dengan aplikasi Kesihatan Apple di peranti iOS atau aplikasi Google Fit di peranti Android anda. Pengesan kecergasan dan kesihatan lain yang disokong buat masa ini termasuklah Garmin dan FitBit.
  • Navigasi – Mengesan klinik, hospital dan pakar perubatan terdekat berdasarkan lokasi
  • Waktu Solat – Dimaklumkan tentang masa masuk waktu dan tamat solat di mana-mana jua anda
  • Kandungan Kesihatan Saya – Sama ada anda ingin mendapatkan panduan diet, perjalanan kecergasan atau tip mudah dan senang untuk kekal sihat, dapatkan inspirasi dengan kandungan pemakanan, kecergasan, perubatan, gaya hidup, kesejahteraan dan kesihatan Pulse yang mudah dan bermanfaat.
  • Komuniti Saya – Sama ada anda ingin mendapatkan panduan diet, perjalanan kecergasan atau tip mudah dan senang untuk kekal sihat, dapatkan inspirasi dengan kandungan pemakanan, kecergasan, perubatan, gaya hidup, kesejahteraan dan kesihatan Pulse yang mudah dan bermanfaat bersama-sama komuniti sehaluan anda.
  • Kongsi dengan Rakan – membolehkan anda untuk berkongsi melalui pelbagai platform seperti WhatsApp, SMS, Messenger, Viber dan Line.
  • Indeks BMI – Ciri dikuasakan oleh AI yang meramai BMI anda berdasarkan swafoto
  • Indeks Kedutan – Ciri dikuasakan oleh AI yang meramal indeks kedutan anda berdasarkan swafoto anda.
X