Kad Medikal

Ciri-Ciri Kad Perubatan Yang Bagus Untuk Anda

Medical card yang bagus? Yang mana satu terbaik untuk anak dan keluarga? Jika anda salah seorang yang sedang mencari medical card dan gigih simpan duit gaji, anda perlu terus membaca.

 

Yang penting, pastikan baca dahulu cara pilih takaful medical card sebelum buat keputusan apa-apa.

Medical card satu keperluan

Kepentingan Kad Perubatan atau Medical Card Untuk Semua Orang! | Mi Adviser

Jika dulu medical card ini sangat asing kepada rakyat Malaysia, sehingga ada yang selalu cuba mencari alasan dan lari setiap kali didatangi oleh ejen-ejen atau lebih mesra jika disapa sebagai perunding insurans, kini boleh dikatakan senario semakin berubah.

Hari ini, perunding insurans dan takaful dicari-cari oleh orang ramai. Ini kerana kesedaran yang semakin subur dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kepentingan memiliki medical card untuk menjamin liputan perubatan sekiranya berlaku sesuatu kepada diri masing-masing.

Bukan mahu menafikan mengenai perkhidmatan kesihatan disediakan oleh hospital dan pusat kesihatan kerajaan, lebih-lebih lagi Malaysia diakui sebagai antara penyedia perkhidmatan perubatan terbaik di dunia.

Cumanya disebabkan pengguna hospital awam terlalu ramai, ada kalanya pesakit perlu bersesak, menunggu giliran untuk dilayan dan menetapkan temu janji. Jadi, medical card yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan insurans/takaful ini merupakan alternatif kepada orang ramai.

Medical card ini digunakan di rangkaian hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan berdasarkan pakej yang diambil oleh pengguna satu-satu perkhidmatan medical card. Semakin tinggi bayarannya, semakin bagus layanan yang diberikan pihak hospital.

Unlimited Medical Card Takaful Terbaik Pilihan No.1 Malaysia

Medical card untuk kesihatan dan simpanan

Selain itu, Medical Card yang ada hari ini bukan hanya menawarkan liputan kepada kesihatan pelanggan sahaja tetapi turut melibatkan simpanan. Sebagai contoh caruman RM200 sebulan yang dibayar pelanggan, RM50 daripadanya dimasukkan sebagai simpanan.

Dalam erti kata lain, jika seorang itu mengambil pelan medical card dari usia muda sehinggalah mencecah usia 50 tahun ke atas, dia akan mempunyai simpanan berpuluh ribu ringgit. Berbaloi kan? Bukan hanya meliputi kesihatan tetapi juga simpanan masa depan.

Medical card yang bagus

Di Malaysia ini terdapat banyak kad perubatan yang ditawarkan. Ada yang kita biasa dengar nama syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu dan ada juga yang tidak pernah dengar, tetapi wujud. Berikut merupakan antara syarikat insurans takaful yang ada di negara ini serta antara faedah-faedah produk medical card yang ditawarkan.

Perlu dijelaskan bahawa yang disenaraikan bukannya kesemua faedah yang ditawarkan syarikat insurans takaful terbabit kerana jumlahnya terlalu banyak, bergantung kepada pakej yang diambil.

Disebabkan pelbagai pilihan, ada kalanya orang ramai keliru dan tidak tahu mahu memilih medical card daripada syarikat yang mana satu. Ini merupakan dilema kepada orang ramai yang dalam isu ini merupakan pengguna medical card.

Sebab itu tidak hairan apabila kebiasaannya, orang ramai lebih selesa mengambil masa dan memikir dulu segala kemungkinan yang ada sebelum membuat satu-satu keputusan untuk memilih pakej terbaik serta sesuai dengan diri mereka.

Ciri ciri medical card terbaik

Dalam memilih medical card ini, beberapa faktor perlu diambil kira. Ini penting untuk mengetahui samada ini adalah medical card yang terbaik untuk kita. Antaranya ialah :

Kos bulanan mengikut bajet

Setiap medical card yang ditawarkan syarikat insurans takaful mempunyai pelbagai pakej. Dan pakej-pakej ini pula ditawarkan dalam pelbagai bentuk harga.

Ada yang menawarkan bayaran bulanan rendah, di bawah RM100 dan ada juga yang boleh mencecah sehingga RM300 ke RM400 sebulan, bergantung kepada pakej. Seperti diterangkan di atas, semakin tinggi kadar bulanan yang dibayar, semakin tinggi jumlah liputan serta layanan yang diterima pemilik medical card. Anda perlu tanya ejen takaful anda untuk dapatkan liputan perlindungan yang bersesuaian dengan bajet dan kehendak anda.

Liputan tahunan atau seumur hidup

Ini perlu diteliti sedalam-dalamnya oleh orang ramai sebelum memilih medical card. Kadang kala ada perunding insurans takaful menyatakan liputan medical card ditawarkan syarikat mereka mencecah RM500,000 ke RM700,000.

Perlu diselidik dahulu sama ada nilai tersebut liputan tahunan atau seumur hidup. Apa bezanya? Ada perbezaan, RM700,000 itu mungkin liputan seumur hidup tetapi tahunan hanya RM100,000.

Ini bermakna sekiranya pelanggan medical card tersebut mendapatkan rawatan atau pembedahan yang kritikal sehingga melebihi RM100,000, jumlah liputan setahun medical card, pelanggan tersebut perlu membayar sendiri baki yang kurang itu.

Jadi penting untuk memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya sebelum memilih medical card.

Pelan boleh ubah atau tidak

Ini juga perkara yang wajar diberikan perhatian dalam memilih medical card. Mengapa?

Kerana syarikat insurans takaful boleh membatalkan pelan atau menarik balik produk yang telah ditawarkan dengan notis yang singkat. Ini juga bermakna syarikat insurans takaful berkenaan boleh berhenti menganggung segala tuntutan yang ada.

Ini wajar diberikan perhatian.

Terdapat beberapa faktor lain yang perlu diambil kira. Yang disenaraikan diatas merupakan tiga faktor yang difikirkan sangat perlu dipertimbang secara mendalam sebelum sebarang keputusan diambil untuk melanggan perkhidmatan medical card.

Patuh syariah

Yang ini paling penting.  Timbul persoalan sama ada medical-medical card yang ditawarkan adalah patuh syariah?

Dalam isu ini, boleh dikatakan majoriti syarikat insurans menawarkan produk takaful termasuklah medical card.

Takaful ini merupakan insurans patuh syariah. Jadi, daripada terma takaful yang digunakan juga sudah menggambarkan produk medical ditawarkan adalah mematuhi syariah. Jadi, selepas penerangan yang diberikan panjang lebar di atas, medical card mana yang boleh dianggap terbaik?

Kesimpulannya, medical card yang bagus itu tidak sama untuk setiap individu. Ada yang bagus untuk seseorang kerana bajet, namun tidak untuk yang lain. Ada yang kata medical ini terbaik, tapi tidak bersesuaian pula dengan kehendaknya.

Ia berbalik pada apa yang pelanggan mahukan daripada medical card mereka. Adakah:

  • Perlindungan yang lebih meluas?
  • Tempoh liputan perlindungan yang lebih panjang?
  • Manfaat daripada simpanan caruman setiap bulan?

Sebab itu, orang ramai disaran meneliti terlebih dahulu setiap pelan medical card yang ditawarkan di pasraan sebelum membuat sebarang keputusan. Pilih yang sesuai dengan diri dan situasi kewangan semasa

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Penapis air Cuckoo
Hai saya Ainaa. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Hibah Takaful

Bagaimana Hibah Takaful Dapat Menjamin Kesejahteraan Keluarga Anda?

Bagaimana Hibah Takaful Dapat Menjamin Kesejahteraan Keluarga Anda? Adakah anda tahu bahawa hibah takaful adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan kesejahteraan keluarga anda? Hibah ...
Baca Lagi →

17 Tips Memilih, Menggunakan Kad Perubatan & Memilih Agent Takaful Yg Bertanggungjawab

Di sebabkan banyak isu viral baru-baru ni disebabkan KAD PERUBATAN, MJ sharekan Tips menggunakan KAD PERUBATAN & memilih agent TAKAFUL . Melalui 6 tahun pengalaman ...
Baca Lagi →
kad medikal

Tempoh Penting Dalam Takaful Yang Wajib Anda Faham

Zaman sekarang, ramai masyarakat Malaysia semakin sedar terhadap kepentingan takaful semakin tinggi terutamanya dalam kategori Takaful Perubatan (yang dapat Medical Card tu). Semua orang mahu ...
Baca Lagi →
Takaful

Kenapa Anda Perlu Ada Perlindungan Penyakit Kritikal (CI)?

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 16,235 mangsa yang merangkumi 15% kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun 2019 adalah disebabkan oleh penyakit jantung, menjadikannya penyebab kematian ...
Baca Lagi →

Nak dapatkan pelan Takaful mampu milik?

Ada soalan tentang Takaful?

Topik lain anda mungkin berminat

Takaful

Ciri-Ciri Aplikasi Pulse by Prudential

Jika anda telah dapatkan pelan Takaful daripada Prudential, jangan lupa download ...
Baca Lagi →

Konsep Tabarru Dalam Takaful Dalam Takaful

Kenapa Anda perlu Fahami Konsep Tabarru Sistem kewangan Islam dilihat semakin ...
Baca Lagi →
Kad Medikal

Tips Memilih Kad Medikal Takaful Terbaik

Memiliki medical card bukanlah satu benda yang wajib, tetapi sekiranya ada, ...
Baca Lagi →
Cara Tuntut Kad Medikal

Langkah-Langkah Mengunakan Medical Card Dan Membuat Tuntutan

Tuntutan sebagai pesakit luar Akibat kemalangan Fisiotrapi             iii. Temujanji doktor ...
Baca Lagi →
Hibah

7 Sebab Tuntutan Takaful Anda Ditolak

Sudah ada pelan takaful tapi semasa membuat tuntutan, tuntutan anda ditolak ...
Baca Lagi →
Takaful

Medical Card Atau Hibah Takaful Yang Mana Lebih Penting-Takaful4Us

Mana patut saya pilih. Nak ambil Kad perubatan ke hibah dahulu? Dua-dua ...
Baca Lagi →
Hibah
FAQ

7 Sebab Tuntutan Takaful Anda Ditolak

Sudah ada pelan takaful tapi semasa membuat tuntutan, tuntutan anda ditolak oleh syarikat pengendali Takaful? Saya nak share kenapa boleh jadi macam itu. 1. Anda tidak mengesahkan penyakit sedia ada

Baca Lagi
Kad Medikal
FAQ

Tips Memilih Kad Medikal Takaful Terbaik

Memiliki medical card bukanlah satu benda yang wajib, tetapi sekiranya ada, ia akan sangat-sangat membantu anda di saat anda memerlukan rawatan tanpa perlu menunggu ‘que’ yang panjang di hospital kerajaan.

Baca Lagi
FAQ

Konsep Tabarru Dalam Takaful Dalam Takaful

Kenapa Anda perlu Fahami Konsep Tabarru Sistem kewangan Islam dilihat semakin berkembang malah kehadirannya kian dirasai semua ahli masyarakat. Jika sebelum ini kita telah dibesarkan dengan sistem konvensional, namun hari

Baca Lagi

Share