Glosari Takaful. Terma Yang Selalu Digunakan Dalam Insurans

Please provide a valid CSV file.

Dalam industri insuran,ada terma-terna atau perkataan yang digunakan di dalam polisi.Bahasa & terma ini kadangkala agak mengelirukan bagi orang-orang biasa.Di sini saya ada beberapa terma yang biasa digunakan dalam insuran beserta maknanya.

Sum assured/sum insured
Pampasan kematian atau hilang upaya

Insurance Policy
Polisi atau kontrak insuran

Premium
Jumlah pembayaran yang harus dibayar oleh pemegang polisi

TPD (Total Permanent Disablement)
Hilang upaya kekal/cacat kekal

PA (personal accident)
Insuran kemalangan/kematian kerana kemalangan

36 Criticall illneses (CI)
36 penyakit kritikal ialah penyakit yang boleh membawa kematian.Senarai standard & digunakan oleh semua syarikat insuran

Specified illneses
Penyakit spesifik ini juga standard dan digunakan oleh semua syarikat insuran.

ILP (Investment Linked Plan)
Pelan insuran yang berkait dengan pelaburan.Ia adalah pelan insuran yang merangkumi 3 dalam 1,Perlindungan+Kad Perubatan+Simpanan.

Co-insurance/Co-takaful/Co-payment
Pembayaran yang perlu diselesaikan sendiri oleh pemegang polisi dan tidak di cover oleh syarikat insuran untuk pembayaran bil hospital.Biasanya nilai yang perlu dibayar ialah 10% dari jumlah keseluruhan bil hospital.

Rider
Manfaat tambahan yang boleh ditambah selain manfaat asas bergantung kepada bajet premium

Lapse
Polisi yang tidak boleh dituntut jika berlaku sebarang kemalangan,kesakitan atau kematian kerana premium tidak dibayar.Ia juga dipaggil polisi luput.

Surrender
Penyerahan semula polisi atau kontrak kepada syarikat insuran.Dalam kata lain membatalkan polisi

Underwriter
Orang yang menilai sesuatu risiko

Categories: FAQ, Takaful4Us
X