Cara Tuntut Kad Medikal

Langkah-Langkah Mengunakan Medical Card Dan Membuat Tuntutan

  1. Tuntutan sebagai pesakit luar
  2. Akibat kemalangan
  3. Fisiotrapi

            iii. Temujanji doktor

  1. Tuntutan Kemasukan Wad
  2. Tuntutan Pre dan Post Hospital
  3. Tuntutan Pay and Claim
  4. Tuntutan daily hospital
  5. Tuntutan medical report

Untuk menggunakan kemudahan Insuran Kesihatan anda (Kad Perubatan) anda seharusnya tahu apa yang boleh dan tidak boleh dengan fasiliti kad perubatan yang anda miliki. Anda hanya perlu ke klinik atau hospital dan menunjukkan kad pengenalan atau kad perubatan anda sebaiknya Panel klinik dan hospital yang dinyatakan oleh pengendali Insuran. Anda juga boleh  menghubungi agen atau pihak insuran di nombor telefon yang tertera dibelakang kad perubatan anda.

6 JENIS TUNTUTAN UTAMA YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH PEMEGANG KAD PERUBATAN

1.Tuntutan sebagai pesakit luar

i. Temujanji doktor

ii. Fisioterapi

iii. Temujanji doktor

2. Tuntutan Kemasukan Wad

3. Tuntutan Pre dan Post Hospital

4. Tuntutan Pay and Claim

5. Tuntutan daily hospital

6. Tuntutan medical report

Bagaimana Menggunakan Kad Medikal Takaful

Di sini saya ingin menerangkan step-by-step bagaimana menggunakan kad perubatan takaful anda. Tidak kisahlah anda mempunyai kad takaful jenama apa, tapi secara asasnya langkah-langkah yang dikongsikan di sini boleh digunakan.

Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan anda yang mempunyai kad takaful supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang boleh mengakibatkan kerugian wang ringgit.

 

Cara Menggunakan Kad Perubatan Ketika Bukan Kecemasan

  1. Insuran Anda Inforce – Paling utama pastikan sumbangan/bayaran plan takaful Insuran anda mencukupi tiap-tiap bulan bagi memastikan kelancaran tuntutan dan admission. Sentiasa semak bayaran, malang bila nak claim sekali insuran/takaful anda dah Lapse. Ada kes bayar melalui potongan bulanan namun tak semak bayaran dah lama tak berjaya dan polisi lapse.
  2. Waiting Period Kad – Kad perubatan yang diambil telah ada ditetapkan tempoh menunggu atau waiting period. Untuk kemalangan berkuatkuasa serta merta selepas polisi infoce, kalau deman biasa atau bukan penyakit khusus tempohnya adalah 30 hari manakala untuk penyakit khusus ialah (120 hari). Jadi pastikan semasa nak menuntut anda melepasi tempoh menunggu yang telah ditetapkan. Namun begitu jika penyakit kritikal, jika berlaku selepas sebaik 120 selalunya pihak insuran akan membuat siasatan dan boleh mempengaruhi tuntutan anda diluluskan atau tidak terutama jika ada sejarah yang anda sembunyikan. Jika tiada, jangan risau anda berhak menggunakannya.
  3. Rawatan Pesakit Luar Di Klinik – Anda mengalami simptom seperti demam berlarutan, sakit pada mana-mana anggota badan atau apa sahaja simptom yang memerlukan anda mendapatkan rawatan di klinik. Pergi ke klinik dahulu. Pada tahap ini, bil klinik anda kena bayar sendiri dan tidak ditanggung oleh pihak insuran. Namun, anda dikehendaki simpan setiap bill original rawatan anda di mana jika sakit anda berterusan dan dimasukkan ke hospital, semua bil rawatan pesakit luar anda boleh dituntut . Anda akan dirawat di klinik berdasarkan simptom yang ada. Sekiranya selepas rawatan, simptom berlarutan dan semakin serius, pergi semula ke klinik. Sekiranya perlu, doktor akan mengeluarkan surat supaya anda merujuk kes ini kepada pakar di hospital. Ada pengendali insuran menawarkan tanggungan Pra hospital selama 90 hari.
  4. Hubungi Agen atau syarikat insuran anda – Apabila anda telah mendapat surat rujukan ke hospital atau kes-kes kecemasan, beritahu pihak takaful dengan menelefon nombor yang tertera di belakang kad perubatan atau beritahu agen yang menguruskan permohonan kad perubatan takaful anda. Anda boleh menunggu sehingga guarantee letter dikeluarkan baru pergi ke hospital, atau pergi ke hospital terus. Bagi kes kecemasan, terus ke hospital. No question about it.
  5. Guarantee letter – Guarantee letter akan diproses dan memerlukan kelulusan pihak insuran takaful terlebih dahulu dan sekiranya berlaku kecemasan dan admission ke hospital pada waktu malam, GL akan diproses pada hari berikutnya. Deposit ini dikenakan sekiranya anda tidak mempunyai kad perubatan takaful
  1. Deposit Hospital – Walaupun kad perubatan anda 0 deductable (Full coverage), anda masih perlu meletakkan deposit semasa kemasukan, tapi biasanya deposit ini adalah sekitar RM200 – RM500 sahaja. Deposit bergantung kepada polisi hospital, ada yang tak minta kalau anda mempunyai kad perubatan takaful (lebih-lebih lagi full coverage). Deposit ini akan dikembalikan selepas discharge namun kebiasaannya ada lain-lain charge dikenakan oleh pihak hospital sepeti yuran pendaftaran atau bil-bil yang tidak termasuk dalam senarai polisi anda. Bakinya baru diulangkan kepada anda. Jika kad anda ada deductable atau co takaful, pihak hospital akan menolak dari wang deposit yang telah anda bayar.
  2. Kemasukan tanpa history – Anda mendapatkan rawatan dengan tenang. Bagi yang dah ada GL, lupakan masalah lain dan fokus penyembuhan cepat-cepat sahaja. Jika had tahunan anda tinggi contoh macam yang company kami offer RM850 000 hingga RM2.4 juta setahun anda sudah tidak perlu risau berapa biil yang akan anda tanggung. Bagi yang belum mendapat GL, biasanya GL akan siap diproses dan difax ke hospital sebelum jam 12 tengah hari sekiranya admission anda pada malam sebelumnya.
  3. Masalah exclusion – Anda hanya akan mengalami masalah besar semasa mendapatkan GL sekiranya penyakit yang anda hidapi adalah di dalam senarai exclusion polisi anda (kalau sebelum ambil polisi sihat, maka tiada exclusion) dan polisi anda lapsed kerana anda tidak menjelaskan bayaran bulanan. Penting ya! Sila pastikan bayaran anda up-to-date untuk mengelak daripada mengalami masalah di saat anda amat memerlukan bantuan kad perubatan.
  4. Discharge – Rawatan selesai dan anda mendapat berita baik daripada doktor bahawa anda akan discharge. Hospital akan menyediakan bil berserta laporan perubatan yang akan difax terus ke pejabat pengendali insuran takaful anda.
  5. Mungkin perlu menunggu lama sedikit – Pihak insuran Takaful akan review laporan doktor dan bil hospital. Biasanya proses discharge ini akan mengambil masa antara 2 jam sehingga 4 jam. Jangan khuatir, anda masih boleh menunggu di wad / bilik anda dengan selesa sehingga proses discharge selesai. Tunggu dengan tenang dalam bilik wad buka di lobi atau kaunter bawah. sudah pasti bilik anda akan dilengkapi dengan tv flat screen dengan saluran Astro. Boleh relax dulu sambil minum kopi.
  6. Menjelaskan bil dan pemulangan deposit – Kalau tiada masalah, bil anda akan terus dilangsaikan oleh pengendali insuran Takaful. Anda hanya perlu menandatangani bil akhir dan mungkin akan dikenakan bayaran sekiranya plan anda mempunyai co-takaful. Deposit juga akan dipulangkan atau anda perlu top up deposit tadi kalau tak cukup nak tanggung bayaran co-takaful.
  7. Semak resit anda – Anda boleh pulang ke rumah dengan senang hati. Anda pasti terkejut melihat jumlah bil yang dikenakan untuk rawatan anda. Ada nilanya ribu, puluhan ribu malah ada yang mencecah ratusan ribu. Pada waktu ini baru anda rasa pilihan anda mengambil insuran takaful adalah sangat-sangat tepat dan berbaloi. Bayangkan kalau anda terpaksa menampung segala bill itu, tentu wang simpanan anda selama ini akan terbang begitu sahaja malah kalau tak cukup lagilah pening kepala. Sakit dah baik dating pulak sakit baru nak cari duit satttlekan hutang.
  8. Tuntutan bil pra hospital dan elaun harian – Bil klinik yang dibayar sebelum masuk hospital perlu diserahkan kepada agen untuk menguruskan tuntutan bagi pihak anda. Anda hanya perlu menandatangani beberapa borang untuk tujuan tuntutan bil klinik tadi. Sekarang senang claim dibuat melalui apps di talian sahaja. Cepat dan mudah, duit pun cepat dapat. Kalau ada elaun hospital, tungu je, nanti semak bank akaun anda, adala tun anti duit elaun masuk. Baguskan, Saya ada tawaran elaun penganti pendapatan bila masuk hospital sehingga RM500 sehari!!!
  9. Tuntutan Post Hospital – Selalunya lepas warded, ada rawatan susulan Bersama doctor anda seperti fisiotrapi, dressing dan pemantauan perkembangan. Semua bil klinik yang berkaitan sebelum dan selepas kemasukan anda ke hospital boleh dituntut semula. Syarikat insuran kami menawarkan bil klinik berkaitan 90 hari sebelum admission dan 180 hari selepas admission untuk pemeriksaan follow up boleh dituntut.Anda bayar dulu dan tuntut kemudian. Hanya perlu serahkan bill original… ingat bill original.

 

Macam Mana Nak Claim Kalau Kes Kecemasan (Contoh: Kemalangan)?

Kita ambil situasi anda mengalami kemalangan dan memerlukan rawatan segera.

  1. Terus ke wad kecemasan hospital. Bawa kad perubatan atau kalau tiada pastikan anda mempunyai rekod nombor polisi anda. Sebenarnya guna no. IC pun dah boleh sahkan yang anda mempunyai kad perubatan.
  2. Anda mendapat rawatan. Proses GL akan berlaku berdasarkan point di atas tadi.
  3. Discharge semua sama macam step yang diterangkan atas tadi.

 

Kesimpulan

Dalam kedua-dua situasi di atas, anda boleh:

  1. Admit ke hospital tanpa perlu ada pengurus takaful anda berada di sisi anda. Kalau saya, beritahu je melalui telefon dan saya akan guide dan bantu untuk uruskan GL dan sehingga anda discharge.
  2. Pastikan sumbangan ke dalam plan takaful anda mencukupi tiap-tiap bulan bagi memastikan kelancaran tuntutan dan admission.
  3. Saya boleh bantu anda dalam situasi admission, discharge dan proses menuntut bil klinik serta elaun harian anda.
  4. Boleh hubungi saya untuk temujanji di di WhatsApp 017-961-9493

 

10 LANGKAH CARA GUNA MEDICAL CARD

  1. Dapatkan diagnos kesihatan anda di bahagian kecemasan hospital ataupun klinik.
  2. Jika dinasihatkan oleh doktor untuk masuk ke hospital, anda perlu dapatkan surat rujukan kepada hospital swasta berdekatan.
  3. Bawa surat rujukan (referral letter) tersebut ke hospital swasta dan pergi ke kaunter admission.
  4. Tunjukkan medical card anda serta kad pengenalan dan kenalkan syarikat Takaful anda.
  5. Dapatkan pengesahan surat jaminan GL (Guarantee Letter) daripada syarikat Takaful anda.
  6. Urusan ini akan diuruskan oleh pihak hospital dengan syarikat Takaful anda.
  7. Sebelum admit, pastikan GL (Guarantee Letter) telah dikeluarkan.
  8. Jika belum, sebaiknya elakkan dari terus admit melainkan kes kemalangan/kecemasan supaya tidak timbul kes yang tidak diingini seperti tuntutan di’reject’.

 

Gagal hubungi ejen? Boleh mesej/wasap ejen anda untuk memaklumkan.

Andai kata langkah 1-9 ini anda terlupa. PASTIKAN PANDUAN TERAKHIR INI ANDA INGAT!Iaitu simpan nombor BANTUAN KECEMASAN 24JAM MEDIKAL KAD SYARIKAT ANDA.

Kredit maklumat kepada BijakTakaful

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Penapis air Cuckoo
Hai saya Ainaa. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Hibah Takaful

Bagaimana Hibah Takaful Dapat Menjamin Kesejahteraan Keluarga Anda?

Bagaimana Hibah Takaful Dapat Menjamin Kesejahteraan Keluarga Anda? Adakah anda tahu bahawa hibah takaful adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan kesejahteraan keluarga anda? Hibah ...
Baca Lagi →

17 Tips Memilih, Menggunakan Kad Perubatan & Memilih Agent Takaful Yg Bertanggungjawab

Di sebabkan banyak isu viral baru-baru ni disebabkan KAD PERUBATAN, MJ sharekan Tips menggunakan KAD PERUBATAN & memilih agent TAKAFUL . Melalui 6 tahun pengalaman ...
Baca Lagi →
kad medikal

Tempoh Penting Dalam Takaful Yang Wajib Anda Faham

Zaman sekarang, ramai masyarakat Malaysia semakin sedar terhadap kepentingan takaful semakin tinggi terutamanya dalam kategori Takaful Perubatan (yang dapat Medical Card tu). Semua orang mahu ...
Baca Lagi →
Takaful

Kenapa Anda Perlu Ada Perlindungan Penyakit Kritikal (CI)?

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 16,235 mangsa yang merangkumi 15% kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun 2019 adalah disebabkan oleh penyakit jantung, menjadikannya penyebab kematian ...
Baca Lagi →

Nak dapatkan pelan Takaful mampu milik?

Ada soalan tentang Takaful?

Topik lain anda mungkin berminat

Takaful

Ciri-Ciri Aplikasi Pulse by Prudential

Jika anda telah dapatkan pelan Takaful daripada Prudential, jangan lupa download ...
Baca Lagi →

Konsep Tabarru Dalam Takaful Dalam Takaful

Kenapa Anda perlu Fahami Konsep Tabarru Sistem kewangan Islam dilihat semakin ...
Baca Lagi →
Kad Medikal

Ciri-Ciri Kad Perubatan Yang Bagus Untuk Anda

Medical card yang bagus? Yang mana satu terbaik untuk anak dan ...
Baca Lagi →
Kad Medikal

Tips Memilih Kad Medikal Takaful Terbaik

Memiliki medical card bukanlah satu benda yang wajib, tetapi sekiranya ada, ...
Baca Lagi →
Hibah

7 Sebab Tuntutan Takaful Anda Ditolak

Sudah ada pelan takaful tapi semasa membuat tuntutan, tuntutan anda ditolak ...
Baca Lagi →
Takaful

Medical Card Atau Hibah Takaful Yang Mana Lebih Penting-Takaful4Us

Mana patut saya pilih. Nak ambil Kad perubatan ke hibah dahulu? Dua-dua ...
Baca Lagi →
Hibah
FAQ

7 Sebab Tuntutan Takaful Anda Ditolak

Sudah ada pelan takaful tapi semasa membuat tuntutan, tuntutan anda ditolak oleh syarikat pengendali Takaful? Saya nak share kenapa boleh jadi macam itu. 1. Anda tidak mengesahkan penyakit sedia ada

Baca Lagi
Kad Medikal
FAQ

Tips Memilih Kad Medikal Takaful Terbaik

Memiliki medical card bukanlah satu benda yang wajib, tetapi sekiranya ada, ia akan sangat-sangat membantu anda di saat anda memerlukan rawatan tanpa perlu menunggu ‘que’ yang panjang di hospital kerajaan.

Baca Lagi
FAQ

Konsep Tabarru Dalam Takaful Dalam Takaful

Kenapa Anda perlu Fahami Konsep Tabarru Sistem kewangan Islam dilihat semakin berkembang malah kehadirannya kian dirasai semua ahli masyarakat. Jika sebelum ini kita telah dibesarkan dengan sistem konvensional, namun hari

Baca Lagi

Share