PruBSN Lestari – Pelan Hibah Tanpa Pemeriksaan Kesihatan
Dapatkan Quotation Percuma

Menjaga kebajikan waris

Elakkan perebutan harta

Lindungi harta pusaka keluarga

HIBAH Takaful VS FARAID

Ramai yang anggap dengan adanya wasiat, harta peninggalan semestinya akan diberikan kepada waris. Tetapi, tahukah anda bahawa wasiat sahaja tidak menjamin tuntutan penuh oleh waris?

Akibatnya, harta beku dan tidak dapat diwarisi oleh waris yang dikasihi. Malah, sudah banyak kes ahli keluarga bergaduh berebut harta pusaka sampai ada yang terputus hubungan.

JIka berlaku kematian,

Semua harta & akaun simati termasuk simpanan, ASB,EPF akan dibekukan sementara bagi memalui proses wasiat atau faraid. Hibah Takaful (pampasan takaful) antara instrumen yang terbaik untuk penama mendapat wang dengan segera untuk meneruskan hidup sementara akaun yang dibekukan dapat dicairkan semula.

Hibah

Kepentingan Hibah Takaful

6 Sebab Anda Perlu Ada Hibah!

Sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit, sudah tentu pekerjaan anda akan terjejas. Secara tidak lansung, pendapatan anda juga akan turut sama terjejas!

Jadi, apakah yang anda perlu lakukan? Anda perlu ambil Hibah untuk diri anda. Apabila anda jatuh sakit terutama disebabkan oleh penyakit kritikal seperti kanser, anda akan mendapat sejumlah wang pampasan untuk anda ‘survive’ dan meneruskan kehidupan walaupun pendapatan anda sudah tiada dan terjejas.

Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, sudah tentu keluarga anda akan kehilangan punca pendapatan utama. Kehidupan keluarga anda akan terjejas dan pasti mereka akan hidup susah.

Segala aset yang anda ada juga akan dibekukan dan proses tuntutan serta pembahagian harta pusaka kepada keluarga anda juga akan mengambil masa yang sangat lama. Bukan itu sahaja, ianya akan menelan kos yang sangat tinggi.

Jadi, apakah penyelesaiannya? Anda perlu sediakan hibah keluarga untuk isteri dan anak-anak anda. Ianya akan membantu mereka ‘survive’ dan meneruskan kehidupan dengan sempurna selepas pemergian anda.

Sesiapa saja berpotensi untuk memiliki hutang dan pinjaman daripada Bank. Contohnya Loan Rumah, Loan Kereta dll. Pernahkah anda terfikir, apakah yang akan terjadi kepada hutang dan pinjaman tersebut sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit?Adakah anda masih mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman setelah pendapatan anda terjejas?

Atau anda ingin melihat keluarga anda terpaksa bekerja keras dan bersusah payah untuk meneruskan bayaran balik pinjaman bagi pihak anda?

Oleh sebab itu, Hibah boleh menjadi pengganti pendapatan anda dan keluarga. Segala hutang dan pinjaman pasti akan dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik dengan adanya Hibah.

Anda mampu untuk hidup selesa seperti sekarang kerana pendapatan anda tidak terjejas. Tapi anda perlu ingat bahawa malang tidak berbau. Pendapatan anda boleh hilang dalam sekelip mata. Jadi, apakah persediaan anda?

Segala simpanan anda pasti akan terhakis sedikit demi sedikit kerana ingin menampung perbelanjaan harian keluarga. Soalnya, selama mana ianya mampu bertahan? 

Sebab itu anda perlukan Hibah. Hibah boleh membantu mengekalkan gaya hidup anda dan keluarga sekiranya berlaku perkara yg tidak diingini ke atas diri anda.

Mengumpul aset seperti rumah, tanah, simpanan dan pelaburan bukanlah suatu perkara yang mudah. Sudah pasti anda tidak mahu segalanya hilang dek kerana tiada perancangan yang rapi untuk melindungi aset-aset anda. 

Hibah takaful adalah instrumen paling tepat untuk melindungi aset-aset anda.

“Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang meminta-minta” pernahkah anda dengar kenyataan ini?

Cuba anda renungkan sebentar, bolehkah anda menamakan 5 orang yang diyakini boleh menghulurkan bantuan yang berterusan kepada keluarga anda sekiranya anda terlebih dahulu pergi meninggalkan keluarga tersayang?

Jika tiada, maka Hibah takaful adalah jawapannya!

Bagaimana Hibah Takaful Berfungsi ?

Dalam Konteks Hibah Takaful,fungsinya Terbahagi Kepada Beberapa Bahagian Iaitu :

1.

Apabila Berlaku Kematian

Pampasan yang telah dihibahkan kepada penama akan terus diberi kepada penama tersebut. Ianya tidak melalui proses pembahagian harta pusaka dan faraidh.Ianya berbeza dengan simpanan atau harta yang lain seperti EPF,ASB dan AKAUN BANK dimana penama yang diletakkan adalah PENJAGA AMANAH dan kesemua harta tersebut merupakan HARTA PUSAKA dan hendaklah dibahagikan kepada WARIS yang berhak.

2.

Semasa Hidup

Polisi HIBAH TAKAFUL yang diambil juga mempunyai PERLINDUNGAN TERHADAP LUMPUH KEKAL dan penyakit kritikal Di mana,pemilik polisi akan menerima sejumlah PAMPASAN apabila disahkan menghadapi keadaan tersebut. Pampasan ini juga boleh digunakan sebagai SURVIVAL FUND atau PERLINDUNGAN PENDAPATAN sekiranya anda tidak mampu bekerja dan mencari pendapatan lagi.

Butiran PruBSN Lestari

Umur Kemasukan

Umur pada Hari Lahir akan Datang (ANB)

30 – 65 ANB

Tempoh Manfaat

Sehingga umur tamat tempoh 80 tahun

Jumlah Perlindungan Asas

Minimum: RM 50,000

Maksimum: RM 250,000

Sumbangan

Minimum sumbangan bulanan ialah RM50. Sumbangan adalah berdasarkan pemilihan Jumlah Perlindungan Asas, pilihan rider dan kekerapan sumbangan anda. Sumbangan akan berbeza mengikut umur Orang Yang Dilindungi.

Tempoh Bayaran Sumbangan

Sumbangan dibayar sepanjang tempoh manfaat.

 

Boleh Diubah Suai

Fleksibiliti untuk memilih jumlah perlindungan dan pilihan rider tambahan untuk memenuhi kemampuan dan keperluan anda.

Sumbangan yang Mampu Milik

Dapatkan perlindungan dengan sumbangan serendah RM50* sebulan. Sumbangan anda akan berbeza mengikut umur anda.

*Sumbangan adalah berdasarkan senario umur 35, lelaki dan Jumlah Perlindungan Asas sebanyak RM80,000. 

Tawaran Terhad 

Dapatkan perlindungan untuk anda tanpa sebarang soalan! Mohon sekarang sebelum terlambat.

 

Manfaat Kematian atau Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh1 (TPD)

Tahun Sijil 1 hingga 3

  1. Kematian atau TPD1 disebabkan oleh punca selain dari kemalangan










  2. Kematian atau TPD1 disebabkan oleh kemalangan

Yang mana lebih tinggi:

  1. jumlah Sumbangan Perlindungandibayar; atau

  2. amaun di dalam Akaun Khas Individu (ISA);

 berserta nilai unit-unit di dalam Akaun Unit Pelaburan (IUA), jika ada.




Yang mana lebih tinggi:

  1. Jumlah Perlindungan Asas; atau

  2. amaun di dalam Akaun Khas Individu (ISA);

berserta nilai unit-unit di dalam Akaun Unit Pelaburan (IUA), jika ada.

  

Tahun Sijil 4 dan seterusnya

Yang mana lebih tinggi dari:

  1. Jumlah Perlindungan Asas; atau

  2. amaun di dalam Akaun Khas Individu (ISA), jika ada;

berserta nilai unit-unit di dalam Akaun Unit Pelaburan (IUA), jika ada.

Manfaat Kematian akibat Kemalangan3

Dibayar sebagai tambahan kepada Manfaat Kematian:

  

Kematian akibat kemalangan

Tambahan 100% Jumlah Perlindungan Asas

Kematian akibat kemalangan dalam pengangkutan awam, di dalam gerabak lif, pembakaran teater, hotel atau bangunan awam.

Tambahan 200% Jumlah Perlindungan Asas

Kematian akibat kemalangan di luar negara

Tambahan 300% Jumlah Perlindungan Asas

  

Manfaat Khairat

Bayaran tambahan kepada Manfaat Kematian, RM2,0004 akan dibayar apabila kematian untuk membantu ahli keluarga dengan perbelanjaan pengebumian:

  
  1. Kematian Orang yang Dilindungi akibat kemalangan dalam tempoh Tahun Sijil 1 hingga 3

  2. Kematian Orang yang Dilindungi (disebabkan oleh sebarang punca) dari tempoh Tahun Sijil 4 dan seterusnya.

 


RM2,000

  

Manfaat Elaun Kesejahteraan

Menerima RM500 apabila didiagnosis sebarang Penyakit Berjangkit berikut:

  • Demam Denggi

  • Demam Chikungunya

  • Malaria – sekiranya memerlukan kemasukan ke hospital untuk sekurang-kurangnya 24 jam

  • Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

  • Leptospirosis

  • Tuberculosis (TB)

  • Hepatitis B

  • COVID-19 (Kategori 3 dan ke atas) – sekiranya memerlukan rawatan aktif di hospital


Elaun ini dibayar sehingga 2 peristiwa untuk seumur hidup setiap Orang yang Dilindungi dan tertakluk kepada tempoh menunggu selama 30 hari dari tarikh permulaan sijil, atau tarikh penguatkuasaan semula sijil, yang mana lebih kemudian. Ia hanya perlu dibayar sekali seumur hidup untuk peristiwa yang sama.

Manfaat Matang

Semasa sijil matang, nilai tunai yang bersamaan amaun di dalam ISA dan unit-unit di dalam IUA (jika ada) akan dibayar.

  

1. Manfaat TPD disediakan sehingga Orang yang Dilindungi mencapai umur 70 tahun atau pada tarikh tamat tempoh sijil, yang
    mana lebih awal.

2. Bahagian daripada jumlah sumbangan yang anda perlu bayar untuk pelan asas.

3. Manfaat Kematian akibat Kemalangan disediakan sehingga Orang yang Dilindungi mencapai umur 70 tahun atau pada tarikh
    tamat tempoh sijil, yang mana lebih awal.

4. Bagi kematian disebabkan oleh punca selain dari kemalangan, Manfaat Khairat ini hanya akan dibayar dari Sijil Tahun 4 dan
    seterusnya. Manfaat ini dibayar sekali sahaja walaupun Orang yang Dilindungi memiliki lebih daripada 1 sijil PruBSN Lestari.

 

Pilihan Rider Tambahan

Takaful Saver 

Potensi pulangan dan peningkatan dalam nilai tunai dengan melaburkan sumbangan rider dalam dana berkaitan pelaburan yang diluluskan Syariah (Dana Takafulink) yang anda pilih:

  • Takafulink Dana Bon 

  • Takafulink Dana Ekuiti Dinasti 

  • Takafulink Dana Urus 

  • Takafulink Dana Dinamik 

  • Takafulink Dana Ekuiti Plus

  • Takafulink Dana Ekuiti Income

  • Takafulink Dana Ekuiti Global

  • Takafulink Dana Aktif

  • Takafulink Dana Asia


Untuk maklumat lanjut mengenai Helaian Fakta Dana dan prestasi pelaburan dana yang lalu, anda boleh rujuk www.prubsn.com.my.

Ihsan

Bantu keluarga yang dilanda kemiskinan melalui inisiatif PruBSN Microtakaful Jariyah daripada sumbangan RM5 sebulan. 100% sumbangan daripada rider Ihsan akan disalurkan kepada Dana Jariyah Microtakaful PruBSN yang diuruskan oleh PruBSN Prihatin.

Sehingga RM6,000 di bawah insurans hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Permohonan Hibah Lesteri ini akan tamat dalam tempoh

:
:
:

FREE QUOTATION

Dapatkan Quotation PERCUMA hari ini & dapatkan perlindungan Covid Secara PERCUMA!