Medical Card Atau Hibah Takaful Yang Mana Lebih Penting-Takaful4Us

Mana patut saya pilih. Nak ambil Kad perubatan ke hibah dahulu? Dua-dua produk takaful.

Ada orang pilih untuk memiliki kad perubatan sahaja buat diri dan keluarga, tapi ada juga yang merasakan bahawa memberikan hibah takaful buat kesayangan adalah lebih penting, justeru memilih untuk mendapatkan perlindungan takaful nyawa dan meletakkan waris sebagai penerima hibah.

Namun, pernahkah terfikir tak, antara kad medikal dengan hibah , yang manakah lebih baik dan bagus untuk perlindungan diri sendiri dan keluarga?

Apakah itu kad perubatan a.k.a kad medikal?

Kad perubatan merupakan satu kad yang akan memberikan kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta, dari pembedahan, rawatan susulan dan lain-lain (mengikut pelan yang dipilih) dengan segala kos ditanggung oleh syarikat insurans/ takaful. Jika anda memiliki kad perubatan ini, anda tidak perlu lagi menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

 

Macam mana kad perubatan ni berfungsi?

Seperti yang dinyatakan di atas, jelas di situ bahawa kad perubatan berfungsi untuk meringankan beban kewangan anda sekiranya menghidap sebarang penyakit dan perlu mendapatkan rawatan di hospital kerana kosnya akan ditanggung oleh syarikat insurans anda.

 

Contoh case study kad perubatan:

Amin telah mendapatkan kad medikal pada usia 25 tahun dengan bayaran premium/caruman sebanyak RM90 sebulan. Suatu hari di usia 26 tahun, Amin terpaksa menjalani pembedahan ACL pada bahagian lututnya yang menelan belanja sehingga RM18,000. Amin boleh pakai kad perubatan yang dimilikinya sejak tiga tahun lalu telah membantu membayar segala kos untuk pembedahan, penginapan hospital selama 5 hari dan rawatan susulannya.

Adakah kad perubatan boleh melindungi semua jenis rawatan?

Ia bergantung kepada pelan yang dipilih oleh anda. Pada kebiasaannya, kad perubatan akan memberikan manfaat seperti:

  1. Kos kemasukan hospital dan pembedahan – Ia termasuk segala kos yang berkenaan dengan kemasukan ke hospital, pembedahan, bilik dan penginapan, perkhidmatan ambulan, ubat-ubatan dan lain-lain.
  2. Penyakit kritikal – Sebanyak 36 jenis penyakit kritikal pada kebiasaannya disenaraikan oleh syarikat insurans termasuk kanser, serangan jantung, strok, dan lain-lain (sila lihat dalam polisi masing-masing mengenai penyakit kritikal yang disenaraikan).
  3. Rawatan jangka panjang – Berguna terutama untuk individu yang mempunyai penyakit kronik yang memerlukan rawatan dan penjagaan untuk tempoh masa yang lama. Contoh: Pesakit kanser yang perlu menjalani kemoterapi.

Adakah kad perubatan boleh melindungi keluarga jika anda meninggal dunia?

Jawapannya tidak boleh. Kad perubatan tidak akan melindungi keluarga anda sekiranya anda sebagai pencarum meninggal dunia suatu hari nanti. Tiada sebarang pampasan akan diberikan oleh syarikat insurans hasil daripada premium yang dibayar ketika hayat anda kerana kad perubatan hanya berfungsi untuk menanggung kos rawatan dan lain-lain kos yang berkaitan ketika hayat anda sahaja.

 

Penjelasan mengenai hibah takaful

Fahami apa itu hibah Takaful

Secara mudahnya, hibah membawa maksud pemberian atau ‘hadiah’ yang dibuat secara terus oleh pemberi hibah ketika hayatnya kepada penerima sebagai tanda kasih sayang.

Melalui hibah, penerima tidak lagi perlu melalui proses faraid dan harta/ barang tersebut menjadi milik penerima secara terus. Bagaimanapun, manfaat hibah hanya akan diperoleh oleh penerima setelah pemberinya meninggal dunia.

Apakah pula hibah takaful?

Hibah takaful bukan sekadar produk Takaful

Hibah takaful adalah kaedah bagaimana manfaat daripada pampasan itu akan diagihkan.

Dengan kata mudahnya, melalui hibah Takaful, sekiranya pemegang polisi Takaful meninggal dunia, pengagihan wang pampasan oleh syarikat Takaful akan diberikan secara hibah iaitu secara terus kepada penerima manfaat.

Case study hibah:

Encik Fahimi, 41 tahun telah mengahwininya isterinya, Asma. Hasil perkahwinan selama 5 tahun, pasangan tersebut telah menimang dua orang cahaya mata. Encik Fahimi sedar bahawa dia perlu memberikan keluarganya kehidupan terbaik meskipun apabila dirinya tiada nanti, justeru memutuskan untuk mendapatkan perlindungan takaful nyawa buat dirinya. Melalui takaful nyawanya (hibah) itu, Encik Fahimi telah mencalonkan isterinya sebagai penerima hibah. Beberapa tahun kemudian, Encik Fahimi meninggal dunia selepas mengalami serangan asma yang teruk. Disebabkan Encik Fahimi telah terlebih dahulu mendapatkan perlindungan takaful nyawa dan menamakan isterinya sebagai penerima hibah ketika hayatnya, isterinya yang kini merupakan seorang ibu tunggal memperoleh wang pampasan daripada syarikat takaful secara terus tanpa perlu melalui sebarang proses yang rumit.

Adakah pampasan hibah takaful boleh diberikan sekiranya pemegang polisi masih hidup?

Jawapannya Tidak, hibah takaful hanya layak diperoleh oleh penama apabila pemegang polisi meninggal dunia.

Adakah saya boleh menukar nama benefisiari hibah saya?

Jawapannya, ya boleh.

Penukaran penamaan boleh dibuat pada bila-bila masa dan penamaan yang baru secara tidak langsung akan membatalkan penamaan sebelumnya secara automatik.

Namun sekiranya pemegang polisi ingin menamakan semula seseorang, permohonan baru perlulah dilakukan semula.

Antara kad perubatan dengan hibah takaful, mana yang sesuai untuk:

1. Bapa

Sebagai ketua keluarga, kami berpandangan bahawa adalah lebih penting untuk seorang bapa menyediakan hibah takaful buat keluarga.

Bukan apa, walaupun sekiranya anda meninggal dunia, anda pastinya mahukan isteri dan anak-anak meneruskan kehidupan yang baik. Dengan hibah takaful, ia sekurang-kurangnya dapat menggantikan pendapatan anda untuk suatu tempoh yang agak lama.

Namun, bagaimana pula dengan kad perubatan?

Ya, ia sama pentingnya juga. Namun jika anda kekangan bajet dan perlu mengutamakan yang penting dulu, kami sarankan anda untuk mendapatkan dahulu takaful nyawa dan meletakkan waris anda sebagai penerima hibah.

Jika mampu, tidak salah untuk anda ambil kedua-duanya.

2. Ibu

Tahukah anda, bahawa wanita lebih terdedah dengan pelbagai jenis penyakit berbanding lelaki? Jadi, kami merasakan bahawa kad perubatan adalah lebih penting untuk golongan ini.

Namun, anda juga boleh mendapatkan takaful nyawa dan memberikan hibah takaful untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi sekiranya anda adalah seorang ibu tunggal yang bekerja.

Jika berkemampuan, ambil sahaja kedua-duanya kerana yang pasti kedua-duanya akan memberikan manfaat yang tersendiri.

3. Anak-anak

Anak-anak sangat memerlukan kad perubatan! Sediakanlah kad perubatan buat mereka sejak dari kecil supaya mereka boleh dilindungi. Ingat, walaupun di usia yang masih kecil, anak anda sangat berisiko untuk terdedah dengan pelbagai penyakit sama ada kritikal atau tidak. Pernah terjadi kepada ahli keluarga rakan, anaknya terkena 3rd degree burn daripada perkakas elektrik yang rosak. Beliau menggunakan kad medikal yang didaftarkan untuk anaknya dengan pantas dan tidak perlu membayar.

Jadi, segera dapatkanlah kad perubatan sekarang untuk mereka.

Kad perubatan dan hibah takaful kedua-duanya mempunyai fungsi dan manfaat yang tersendiri. Jika anda kurang berkemampuan dan mempunyai kekangan bajet, pertimbangkanlah untuk memiliki perlindungan yang bersesuaian dengan tanggungjawab anda terhadap ahli keluarga. Namun jika mampu, dapatkanlah kedua-duanya kerana ia pasti akan membantu anda dan yang tersayang ketika anda memerlukannya suatu hari nanti.

Categories: FAQ, Hibah, Kad Medikal

2 Responses

X