Soalan Lazim Tentang Aplikasi Prudential Pulse Yang Anda Patut Tahu

  1. Apa itu Pulse?

Pulse adalah satu aplikasi kecergasan dan kesihatan dikuasakan oleh teknologi AI untuk memberi pandangan dan penyelesaian kesihatan relevan yang dapat membantu anda dalam perjalanan ke arah pencapaian kesejahteraan diri anda.

 

2. Siapa yang boleh muat turun dan menggunakan Pulse?

Pulse tersedia untuk semua orang!

 

3. Adakah saya perlu membayar untuk menggunakan Pulse?

Anda boleh muat turun dan menggunakan Pulse secara percuma. Penyelesaian kecergasan dan kesihatan mudah tersedia dalam satu platform untuk anda. Walau bagaimanpun, caj mungkin dikenakan untuk perkhidmatan dalam aplikasi tertentu seperti Rundingan Dalam Talian bersama seorang doktor, jika anda bukan pelanggan Prudential.

 

4. Adakah saya perlu disambung ke Internet untuk menggunakan Pulse?

Ya, anda perlu disambungkan ke internet yang stabil untuk menggunakan Pulse.

 

5. Bagaimana saya muat turun dan mendaftar untuk Pulse?
  1. Muat turun aplikasi “We Do Pulse” dari App Store (pengguna iOS) atau Google Play (pengguna Android)
  1. Selepas muat turun dan pemasangan, lengkapkan pendaftaran menggunakan e-mel semasa, akaun Facebook, akaun Google atau akaun Apple anda (pengguna iOS)
  2. Selepas mendaftar, ikuti arahan yang diberi untuk melengkapkan profil anda sebagai pengguna baharu.
6. Saya cuba mendaftar menggunakan e-mel saya, tetapi saya tidak menerima Kod Pengesahan untuk Penciptaan Akaun.

Sila semak jika kod tersebut dihantar ke folder Remeh atau Spam anda.

 

7. Font kelihatan bertindih di Pulse

Sila ubah suai atau kecilkan tetapan saiz font di telefon anda.

 

8. Apakah bahasa yang disokong oleh Pulse?

Pulse tersedia dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

 

9. Bolehkah saya menyesuaikan jubin dipaparkan?

Anda hanya boleh menghidupkan atau mematikan jubin Waktu Solat di “Akaun > Tetapan >

Membolehkan Ciri Solat”

 

10. Saya cuba mengesahkan diri saya sebagai pelanggan Prudential, tetapi nombor KP dimasukkan tidak sah?

Sila pastikan anda masukkan nombor KP yang anda gunakan untuk mendaftar sebagai pelanggan Prudential.

 

11. Bagaimanakah saya boleh mengemas kini maklumat akaun saya?

Klik pada “Profil Saya” di bawah tab “Akaun” dan teruskan mengemas kini butiran anda. Jangan lupa untuk klik “Simpan” di bahagian atas kanan untuk menyimpan kemas kini.

 

12. Saya tidak dapat mengubah alamat e-mel saya

Alamat e-mel anda ialah pengecam akaun anda dan tidak boleh diubah. Jadi sila pastikan anda menggunakan alamat e-mel semasa anda yang sah untuk mendaftar sebagai pengguna. Jika anda ingin menggunakan e-mel lain untuk akaun Pulse anda, anda perlu mendaftar semula sebagai pengguna baru sekali lagi.

 

13. Saya mahu mengubah kata laluan saya

Anda boleh mengubah kata laluan di pilihan “Tetapan Saya > Ubah Kata Laluan” di bawah tab “Akaun”.

 

14. Bagaimanakah saya memuat naik gambar profil saya?

Anda boleh muat naik gambar anda terus dari kamera atau album daripada peranti mudah alih

anda di “Profil Saya” di bawah tab “Akaun”.

 

15. Bagaimanakah saya kongsi aplikasi ini dengan rakan-rakan dan keluarga saya?

Gunakan fungsi ‘Kongsi dengan Rakan’ di tab “Laman Utama” untuk kongsi aplikasi ini dengan

rakan-rakan dan keluarga anda.

 

16. Bagaimanakah saya menghubungi pasukan Pulse by Prudential?

Anda boleh menggunakan ciri “Maklum Balas Saya” di bawah tab “Akaun untuk menghubungi

kami.

 

17. Saya mahu mendapatkan berita Pulse yang terkini

Kami akan kongsi berita atau promosi terkini melalui notifikasi dalam aplikasi. Kami sangat menyarankan anda untuk menghidupkan ciri notifikasi untuk Pulse agar anda boleh menikmati keupayaannya yang terbaik.

 

18. Saya terlupa kata laluan saya. Bagaimanakah saya tetapkan semula kata laluan saya?

Klik pada “Terlupa Kata Laluan?” di laman log masuk dan ikuti arahan untuk tetapkan semula kata laluan anda. Sila maklum bahawa anda perlu mengakses akaun e-mel berdaftar anda untuk mengambil semula satu kod pengesahan dan kata laluan sementara untuk berbuat demikian.

Jika anda tidak menerima sebarang e-mel penetapan semula kata laluan, sila semak folder

‘Remeh’ atau ‘Spam’ anda.

 

19. Adakah data kesihatan diperolehi daripada Pulse mempengaruhi apa-apa keputusan penajajaminan?

Tidak. Hal ini demikian kerana Prudential tidak mempunyai akses ke data kesihatan yang dikumpul oleh Pulse.

 

20. Adakah Pulse mengumpul data kesihatan?

Tiada perkongsian data kesihatan oleh rakan-rakan kami bersama Prudential buat masa ini. Jika Pulse berbuat demikian di masa hadapan, data tersebut akan dikongsi dengan kami HANYA dengan kebenaran pengguna.

 

21. Adakah data yang terkumpul di Pulse adalah menurut klausa PDPA?

Ya, Pulse melindungi privasi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010

(“PDPA”).

 

22.   Apakah versi peranti OS (Sistem Pengoperasian) yang disokong oleh Pulse?

Untuk pengalaman terbaik di Pulse, sila gunakan versi 8 dan ke atas Android atau versi 12 dan ke atas iOS.

 

  1. Apabila saya cuba memuat turun aplikasi ini, saya menerima notifikasi ‘peranti anda tidak serasi’?  

Pastikan OS (Sistem Pengoperasian) peranti mudah alih dikemasi kini sekurang-kurangnya, ke versi 8 dan ke atas Android atau versi 12 dan ke atas iOS untuk kebolehcapaian.

24.   Saya tidak dapat melancarkan aplikasi Pulse saya.

Untuk pengguna iOS, sila cuba menyahpasang dan memasang semula aplikasi. Untuk pengguna Android, sila cuba kosongkany cache aplikasi dan cuba lagi. Data anda tidak akan terjejas.

 

Categories: FAQ, Takaful4Us
X