Tempoh Penting Dalam Takaful Yang Wajib Anda Faham

Zaman sekarang, ramai masyarakat Malaysia semakin sedar terhadap kepentingan takaful semakin tinggi terutamanya dalam kategori Takaful Perubatan (yang dapat Medical Card tu). Semua orang mahu dapatkan bilik rawatan yang selesa ketika dirawat di hospital. Selepas kawan saya terpaksa dimasukkan ke wad akibat penyakit sinus infection dan dikenakan bayaran lebih kurang RM6000 untuk 3 hari, beliau sangat bersyukur kerana telah mendapatkan kad medikal lebih awal semasa sedang sihat.

Kesesakan yang berlaku di hospital- hospital milik kerajaan serta kos perubatan yang tinggi di hospital swasta antara faktor utama orang ramai mahu memiliki kad perubatan sendiri. Lebih selesa dan menjimatkan. Betul tak?

Pernah tak anda dengar pemegang polisi takaful tidak mendapat manfaat yang sepatutnya dari syarikat takaful? Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan seorang individu yang ingin menyaman sebuah syarikat takaful disebabkan tidak berpuas hati dengan servis yang diterima.

Hal seperti ini terjadi biasanya disebabkan oleh salah faham atau kurang pengetahuan tentang polisi yang diambil. Oleh itu, sebagai seorang pelanggan kad perubatan, anda harus tahu beberapa ‘tempoh penting’ yang wujud di dalam polisi anda secara am.

1. TEMPOH BERTENANG (Free Look Period)

Tempoh bertenang ini juga disebut sebagai cooling period. Tempoh sepanjang 15 hari ini bermula sebaik sahaja permohonan anda diluluskan oleh pihak takaful. Dalam tempoh ini, anda haruslah membaca dan memahami pelan takaful yang sudah anda ambil seperti yang tertulis di dalam buku polisi anda.

Jika anda tidak berpuas hati atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma yang wujud di dalam buku polisi, anda berhak untuk membuat aduan kepada syarikat pengendali takaful seterusnya membatalkan polisi tersebut. Untuk makluman anda, caruman yang telah dibayar akan dipulangkan semula.

Sebelum ambil mana-mana kad perubatan yang ditawarkan, fahami dulu ‘faktor-faktor penting dalam memilih kad perubatan.’

2. TEMPOH MENUNGGU (Waiting Period)

Tempoh kedua dan yang paling penting dalam polisi takaful anda ialah tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kad perubatan anda di hospital panel masing-masing. Secara amnya, kebanyakan pengendali takaful meletakkan 120 hari tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kemudahan ini.

Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.

i) 0 hari

Sebaik sahaja polisi anda di luluskan, perlindungan untuk kes kemalangan terus berkuat kuasa, bermakna tiada tempoh menunggu diperlukan kerana kemalangan tidak mempunyai simptom.

ii) 30 hari

Anda sudah boleh menggunakan kemudahan kad perubatan bagi tujuan rawatan dalam wad terhadap penyakit am seperti, denggi, viral fever, bronchitis, diarhea,dan beberapa jenis lagi.

iii) 120 hari

Perlindungan menyeluruh bermula untuk semua jenis penyakit dan kemalangan yang dibenarkan seperti yang tercatat dalam buku polisi.

3. TEMPOH SIASATAN (Contestability Period)

Tempoh siasatan ini adalah selama dua (2) tahun selepas permohonan polisi anda diluluskan. Dalam tempoh ini, pihak syarikat berhak untuk menyiasat latar belakang kesihatan anda sekiranya terdapat unsur yang meragukan semasa membuat tuntutan.

Sebagai contoh, jika anda baru sahaja memiliki polisi takaful selama enam (6) bulan tetapi sudah membuat tuntutan menghidap penyakit kanser tahap keempat (iaitu tahap yang kritikal), tuntutan anda akan ditolak. Hal ini kerana penyakit kanser tersebut sudah sedia ada sebelum permohonan takaful dibuat.

Begitu juga utk kes sinus, appendix, batu karang, batu dlm hempedu, thyroid, fibroid, anda perlu menunggu polisi 2 tahun ke atas untuk penggunaan medical card. Kebiasaan sakit di atas mempunyai tanda2 awal sebelum sakit tahap serius. Contohnya kes appendix dan batu dalam hempedu. Biasanya tanda-tanda awal dgn adanya gastrik boleh buat rawatan. Tetapi paid and claim. Siasatan akan dilakukan dlm tempoh 3 bulan clear tiada rekod. Pihak company bayar semula kos rawatan.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengambil tahu tahap kesihatan anda sebelum mengambil mana-mana polisi takaful. Semua syarikat serta produk takaful yang ditawarkan tidak akan memberi pampasan atau rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan quotation takaful percuma, sila isi maklumat anda di butang bawah.

Categories: Kad Medikal, Takaful4Us
X