Kad Medikal

Tips Memilih Kad Medikal Takaful Terbaik

Memiliki medical card bukanlah satu benda yang wajib, tetapi sekiranya ada, ia akan sangat-sangat membantu anda di saat anda memerlukan rawatan tanpa perlu menunggu ‘que’ yang panjang di hospital kerajaan.

Pada masa ini, terdapat banyak jenis medical card dengan plan yang berbeza-beza daripada pelbagai syarikat takaful. Semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Sebagai panduan, kami ingin berkongsi beberapa tips asas dalam memilih medical card terbaik untuk anda. Jom kita lihat di bawah ni.

 

Ketahui jenis dan nilai Coverage

Coverage medical card terbahagi kepada dua iaitu:

Lifetime coverage (perlindungan seumur hidup)bermaksud jumlah bil hospital yang dilindungi syarikat takaful dalam tempoh seumur hidup

Annual coverage (perlindungan tahunan) bermaksud jumlah bil hospital yang dilindungi oleh syarikat takaful dalam tempoh setahun.

Sebelum membuat keputusan memilih sesuatu medical card, tidak kiralah dari syarikat mana pun, anda perlu tanya dengan jelas kepada ejen berkenaan jumlah coverage yang ditawarkan.

  • Ada syarikat yang had tahunannya tinggi atau unlimited tetapi had seumur hidup setakat 1 juta sahaja
  • Ada syarikat yang had seumur hidupnya tinggi tetapi had tahunan rendah.
  • Ada syarikat yang had tahunan dan had seumur hidupnya unlimited

Amat penting bagi anda untuk mengambil medical card yang mempunyai had tahunan yang tinggi kerana kos rawatan penyakit kritikal seperti kanser dan jantung pada hari ini, boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Bayangkan jika anda perlu rawatan di hospital,tetapi had tahunan medical card anda hanyalah 100000 sahaja. Mana nak cari baki lagi ratus-ratus ribu tu? Had seumur hidup yang bernilai 1 juta pun tidak dapat membantu ketika itu.

 

Hospital Panel

 Banyak nak kongsikan bab hospital ni. Anda perlu jelas berkenaan:

Hospital panel

Anda wajib tahu hospital mana yang termasuk dalam senarai hospital panel dan paling bagus kalau hospital swasta berdekatan rumah anda, termasuk dalam senarai ini. Nanti kalau sakit, kita sebolehnya akan cari hospital yang paling dekat dengan rumah supaya mudah urusan dan keluarga pun tak susah nak datang ziarah.

Jenis bilik yang di’cover’ dan harganya

Kalau perlu masuk hospital, pastinya ramai yang nak bilik single, tak perlu berkongsi dengan pesakit lain, lebih privasi dan mudah untuk keluarga datang ziarah sebab tak kacau orang lain.

Anda boleh semak sendiri harga bilik single atau bilik sharing dari laman web hospital pilihan anda.Lepas dah survey room rates,mudahlah bagi anda untuk senaraipendekkan plan medical card yang anda nak.

Sebagai contoh, harga bilik single bagi satu malam untuk Hospital X ialah RM240, jadi kitaboleh pilih medical card yang cover RM250 atau RM300 untuk satu malam.

Lebih tak apa, jangan kurang, sebab pada masa akan datang mungkin hospital akan naikkan harga bilik.

Berapa bilangan hari maksimum stay dalam wad yang medical card akan cover dalam tempoh setahun

Lain medical card lain bilangan hari yang ditawarkan dan harganya pastinya berbeza antara satu sama lain.

Pilih yang bilangan harinya lebih banyak sebagai persediaan kalau-kalau satu hari nanti kita perlu stay dalam wad untuk tempoh yang agak panjang.

Proses kemasukan ke hospital

Proses kemasukan ke hospital akan mengambil sedikit masa, sebab perlu register dulu dan sebagainya.

Ada hospital panel memerlukan guarantee letter (GL) daripada syarikat takaful, yang mana anda perlu berhubung dengan call centre atau ejen anda apabila ingin mendapatkan rawatan.

Ada hospital panel yang terus menerima kad berbentuk fizikal sebagai perakuan anda memiliki plan medical card bagi menampung kos rawatan.

Pastikan anda betul-betul jelas dan bersedia tentang perkara ini bagi memudahkan urusan kemasukan ke hospital apabila diperlukan nanti. Anda boleh rujuk perkara ini dengan ejen takaful supaya lebih jelas dan terperinci penerangannya.

Jenis Co-Takaful atau Fully Covered?

Co-takaful

Co-takaful ini maksud mudahnya, anda bayar sikit kos rawatan dan sebahagian besar kos itu, syarikat takaful yang akan bayar.

Ada plan medical card yang ada co-takaful, 10% contohnya. Maksudnya kalau masuk hospital, 10% daripada jumlah bil kita bayar, 90% lagi syarikat takaful akan bayar.Kita juga perlu sediakan sedikit duit untuk

Deposit Hospital ( RM200 – RM500 )

Medical Report ( RM50 – RM80 )

Registration Fees ( RM5 – RM10 )

Medical card jenis co-takaful ini biasanya bayaran bulanannya lebih murah berbanding plan tanpa co-takaful.

Fully covered

Fully Covered bermaksud syarikat takaful akan cover semua kos rawatan tapi masih ada beberapa perkara yang kita kena tanggung sendiri, sama seperti medical card co-takaful, iaitu

Deposit Hospital (RM200 – RM500 )

Medical Report( RM50 – RM80 )

Registration Fees ( RM5 – RM10 )

Jenis stand alone atau pakej?

Stand Alone Medical Card bermaksud, anda hanya semata-mata mendapatkan perlindungan rawatan menggunakan medical card, tanpa ada manfaat tambahan yang lain.

Medical card jenis ini biasanya murah dan bayaran bulanannya akan meningkat setiap 5 tahun. Keburukan medical card jenis ini ialah, mudah ‘lapsed’ dan anda masih perlu meneruskan pembayaran bulanan walaupun mengalami sakit kritikal atau hilang upaya (tiada waiver)

Package Medical Card ( Saving + Protection + Medical Card )

Medical card jenis ini digabungkan sekali beberapa manfaat tambahan di dalamnya seperti hibah takaful atau pun simpanan.

 Biasanya harganya mahal sedikit berbanding medical card jenis stand alone. Selepas tempoh tertentu, anda atau keluarga, boleh mendapat manfaat tunai daripada plan ini dan paling bagus, sekiranya anda hilang upaya kekal (TPD), anda tidak perlu lagi membayar yuran bulanan kad ini( ada waiver)

Tempoh Bertenang

Medical card mempunyai tempoh bertenang berbeza untuk kes-kes yang berbeza.

Untuk kes penyakit kronik, biasanya anda perlu menunggu sehingga 120 hari selepas bayaran pertama anda diterima sebelum boleh menggunakan manfaat medical card.

Bagi kes-kes kemalangan, sebaik sahaja kad anda diluluskan, anda sudah boleh menerima manfaat perubatan daripada kad ini.

Untuk kes-kes biasa seperti demam atau keracunan makanan, biasanya tempoh bertenangnya ialah 30 hari.

Perkara ini perlu anda faham betul-betul sebab ramai yang ingat bila lulus sahaja kad, terus boleh guna untuk rawatan atau kemasukan ke hospital. Bukan begitu ya!

Medical card insyaAllah akan sangat-sangat membantu anda dan keluarga mendapatkan rawatan dan memperoleh manfaat penghospitalan yang lain dengan lebih pantas. Apabila dah sakit, tiada perkara lain yang kita fikirkan melainkan untuk cepat sembuh dan dapat dirawat dengan segera dalam keadaan yang selesa.

Pemilihan medical card terbaik, bergantung kepada keperluan anda dan juga kemampuan kewangan. Pastikan kewangan anda tidak terjejas atau terbeban dengan penambahan bayaran bulanan medical card. Jangan ikut kehendak semata-mata, tapi ikutlah keperluan diri anda dan keluarga. Pelan medical card adalah berbeza-beza dan setiap satunya ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing.

Dapatkan konsultansi daripada ejen takaful yang boleh memberikan penerangan dengan jelas dan dapat menyesuaikan medical card terbaik yang sepadan dengan keperluan dan kemampuan diri anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Penapis air Cuckoo
Hai saya Ainaa. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Hibah Takaful

Bagaimana Hibah Takaful Dapat Menjamin Kesejahteraan Keluarga Anda?

Bagaimana Hibah Takaful Dapat Menjamin Kesejahteraan Keluarga Anda? Adakah anda tahu bahawa hibah takaful adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan kesejahteraan keluarga anda? Hibah ...
Baca Lagi →

17 Tips Memilih, Menggunakan Kad Perubatan & Memilih Agent Takaful Yg Bertanggungjawab

Di sebabkan banyak isu viral baru-baru ni disebabkan KAD PERUBATAN, MJ sharekan Tips menggunakan KAD PERUBATAN & memilih agent TAKAFUL . Melalui 6 tahun pengalaman ...
Baca Lagi →
kad medikal

Tempoh Penting Dalam Takaful Yang Wajib Anda Faham

Zaman sekarang, ramai masyarakat Malaysia semakin sedar terhadap kepentingan takaful semakin tinggi terutamanya dalam kategori Takaful Perubatan (yang dapat Medical Card tu). Semua orang mahu ...
Baca Lagi →
Takaful

Kenapa Anda Perlu Ada Perlindungan Penyakit Kritikal (CI)?

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 16,235 mangsa yang merangkumi 15% kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun 2019 adalah disebabkan oleh penyakit jantung, menjadikannya penyebab kematian ...
Baca Lagi →

Nak dapatkan pelan Takaful mampu milik?

Ada soalan tentang Takaful?

Topik lain anda mungkin berminat

Takaful

Ciri-Ciri Aplikasi Pulse by Prudential

Jika anda telah dapatkan pelan Takaful daripada Prudential, jangan lupa download ...
Baca Lagi →

Konsep Tabarru Dalam Takaful Dalam Takaful

Kenapa Anda perlu Fahami Konsep Tabarru Sistem kewangan Islam dilihat semakin ...
Baca Lagi →
Kad Medikal

Ciri-Ciri Kad Perubatan Yang Bagus Untuk Anda

Medical card yang bagus? Yang mana satu terbaik untuk anak dan ...
Baca Lagi →
Cara Tuntut Kad Medikal

Langkah-Langkah Mengunakan Medical Card Dan Membuat Tuntutan

Tuntutan sebagai pesakit luar Akibat kemalangan Fisiotrapi             iii. Temujanji doktor ...
Baca Lagi →
Hibah

7 Sebab Tuntutan Takaful Anda Ditolak

Sudah ada pelan takaful tapi semasa membuat tuntutan, tuntutan anda ditolak ...
Baca Lagi →
Takaful

Medical Card Atau Hibah Takaful Yang Mana Lebih Penting-Takaful4Us

Mana patut saya pilih. Nak ambil Kad perubatan ke hibah dahulu? Dua-dua ...
Baca Lagi →
Hibah
FAQ

7 Sebab Tuntutan Takaful Anda Ditolak

Sudah ada pelan takaful tapi semasa membuat tuntutan, tuntutan anda ditolak oleh syarikat pengendali Takaful? Saya nak share kenapa boleh jadi macam itu. 1. Anda tidak mengesahkan penyakit sedia ada

Baca Lagi
FAQ

Konsep Tabarru Dalam Takaful Dalam Takaful

Kenapa Anda perlu Fahami Konsep Tabarru Sistem kewangan Islam dilihat semakin berkembang malah kehadirannya kian dirasai semua ahli masyarakat. Jika sebelum ini kita telah dibesarkan dengan sistem konvensional, namun hari

Baca Lagi

Share