
Insurans vs Takaful: Mana Satu Pilihan Paling Selamat & Berkat Untuk Anda?
- Takaful

Point ini paling ramai keliru. Bila kita sebut “Hibah Takaful”, pampasan tunai tu hanya akan dapat selepas kita meninggal dunia.
Tapi, apa kegunaan Takaful masa kita masih hidup?
Ini kegunaan major dia: Rider/Add-on Takaful (seperti Medical Card atau Pampasan Penyakit Kritikal).
Bayangkan korang tengah sihat, tiba-tiba korang didiagnose dengan kanser tahap 2. Korang tak meninggal, tapi korang tak boleh kerja. Bil hospital berpuluh-puluh ribu. Income korang kosong. Macam mana korang nak teruskan hidup?
Di sinilah Takaful memainkan peranan penting:
Jadi, anda ambil Takaful sekarang supaya korang mempunyai ketenangan fikiran semasa korang hidup.

Poin kedua ni Adam Zubir sangat tekankan.
Bila seseorang meninggal dunia, semua aset dia (rumah, kereta, akaun bank, ASB, Tabung Haji) akan automatik DIBEKUKAN. Ia tidak boleh disentuh sehingga melalui proses Faraid dan Pentadbiran Harta Pusaka.
Proses ni boleh makan masa dari 6 bulan hingga bertahun-tahun kalau ada perebutan harta!

Ini adalah manfaat ultimate Hibah Takaful seperti yang GETB dan Adam Zubir sebutkan.
Korang sekarang cari nafkah RM5,000 sebulan. Korang adalah ‘Mesin Cetak Duit’ untuk keluarga korang. Kalau korang ‘jalan’ (meninggal dunia), mesin tu rosak. Zero income untuk keluarga korang.
Macam mana pasangan anda nak teruskan bayar:

Kita hidup berhutang. Islam sangat-sands sangat-sangat menuntut penyelesaian hutang, walau selepas kematian.
Menurut Sabda Rasulullah SAW, “Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang” (Hadis Riwayat Muslim).
Hutang korang akan diwarisi oleh waris korang. Kalau korang tinggalkan hutang berpuluh-puluh ribu, waris korang terpaksa tanggung.
Dengan Hibah Takaful, korang boleh pastikan:
Ini adalah bentuk tanggungjawab terbesar korang sebagai pencari nafkah semasa hidup. Korang plan sekarang supaya hutang korang tak menyusahkan waris korang.

Korang nak anak-anak korang masuk universiti? Korang nak diorang dapat pendidikan terbaik?
Menurut Great Eastern Takaful, Hibah Takaful sekurang-kurangnya akan dapat menyediakan dana yang cukup bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik.
Jangan nanti apabila korang sudah tiada, pendidikan anak-anak korang teraba. Inflasi yuran universiti sangat laju. Kalau korang ‘jalan’ masa anak-anak korang masih kecil, Hibah Takaful boleh berfungsi sebagai Aset Pendidikan untuk masa depan diorang. Duit tu boleh dilaburkan untuk yuran universiti diorang nanti.

So, korang nampak tak perbezaan dia?
Ambil Takaful dan Hibah semasa sihat bukanlah membazirkan. Ia adalah satu pembuktian legasi kasih sayang. Ia memastikan pemergian korang tidak menyukarkan dan membebankan orang yang korang sayang.
“Rancanglah kewangan anda dengan bijak, dan jangan biarkan orang tersayang menanggung beban di masa hadapan.”








