Hibah Keluarga
Hibah Rumah
Pelan Pelindung EPF
Simpanan Umrah & Haji
"Setiap orang mampu untuk sediakan perlindungan kepada keluarga dengan pelan mampu milik FWD"
Menjaga kebajikan waris
Elakkan perebutan harta
Lindungi harta pusaka keluarga
Apa Itu Hibah Takaful ?
Hibah bemaksud hadiah, hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) melalui sijil takaful yang akan diberikan sejumlah pampasan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.
Wasiat sahaja tidak menjamin tuntutan penuh oleh waris.
Bila berlaku kematian segala harta si mati akan dibekukan dahulu.Duit dalam bank, rumah , tanah dan segala aset-aset akan terbeku. Hal ini adalah untuk memberi laluan kepada proses FARAID. FARAID adalah untuk memastikan pembahagian dapat berlaku secara adil dan saksama.
Dalam pengurusan harta pusaka, harta yang terbeku baik berwasiat ataupun tidak akan memalui proses yang panjang. Dan proses tersebut memerlukan kos guaman dan sebagainya.
Berbeza dengan Hibah Takaful Bersyarat, Proses tuntutan tidak memerlukan birokrasi dan pampasan tunai akan terus masuk kepada akaun penama yang telah ditetapkan.
Pampasan inilah dapat digunakan untuk waris membayar hutang si mati dan menguruskan kos guaman proses FARAID.
KALAU BERLAKU SAKIT KAMI BAYARKAN PAMPASAN, KALAU TAK BERLAKU APA-APA KAMI PULANGKAN CARUMAN ANDA 100% !!!
CI 1st FWD Plan telah Memenangi Best And Innovation Award pada tahun 2022.
Satu-satunya plan yang akan Refund 100% jika tiada Claim dibuat.
Contoh :
Sebulan RM200. Plan term 10tahun
RM200 X 12bulan = RM2400
RM2400 X 10 tahun = RM24,000
So bila habis tempoh 10 tahun tu, kita akan dapat total amaun yg kita carum/bayar tu RM24,000 jika tidak claim apa-apa.
Best kan?
Kepentingan Hibah Takaful
6 Sebab Anda Perlu Ada Hibah!
Sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit, sudah tentu pekerjaan anda akan terjejas. Secara tidak lansung, pendapatan anda juga akan turut sama terjejas!
Jadi, apakah yang anda perlu lakukan? Anda perlu ambil Hibah untuk diri anda. Apabila anda jatuh sakit terutama disebabkan oleh penyakit kritikal seperti kanser, anda akan mendapat sejumlah wang pampasan untuk anda ‘survive’ dan meneruskan kehidupan walaupun pendapatan anda sudah tiada dan terjejas.
Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, sudah tentu keluarga anda akan kehilangan punca pendapatan utama. Kehidupan keluarga anda akan terjejas dan pasti mereka akan hidup susah.
Segala aset yang anda ada juga akan dibekukan dan proses tuntutan serta pembahagian harta pusaka kepada keluarga anda juga akan mengambil masa yang sangat lama. Bukan itu sahaja, ianya akan menelan kos yang sangat tinggi.
Jadi, apakah penyelesaiannya? Anda perlu sediakan hibah keluarga untuk isteri dan anak-anak anda. Ianya akan membantu mereka ‘survive’ dan meneruskan kehidupan dengan sempurna selepas pemergian anda.
Sesiapa saja berpotensi untuk memiliki hutang dan pinjaman daripada Bank. Contohnya Loan Rumah, Loan Kereta dll. Pernahkah anda terfikir, apakah yang akan terjadi kepada hutang dan pinjaman tersebut sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit?Adakah anda masih mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman setelah pendapatan anda terjejas?
Atau anda ingin melihat keluarga anda terpaksa bekerja keras dan bersusah payah untuk meneruskan bayaran balik pinjaman bagi pihak anda?
Oleh sebab itu, Hibah boleh menjadi pengganti pendapatan anda dan keluarga. Segala hutang dan pinjaman pasti akan dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik dengan adanya Hibah.
Anda mampu untuk hidup selesa seperti sekarang kerana pendapatan anda tidak terjejas. Tapi anda perlu ingat bahawa malang tidak berbau. Pendapatan anda boleh hilang dalam sekelip mata. Jadi, apakah persediaan anda?
Segala simpanan anda pasti akan terhakis sedikit demi sedikit kerana ingin menampung perbelanjaan harian keluarga. Soalnya, selama mana ianya mampu bertahan?
Sebab itu anda perlukan Hibah. Hibah boleh membantu mengekalkan gaya hidup anda dan keluarga sekiranya berlaku perkara yg tidak diingini ke atas diri anda.
Mengumpul aset seperti rumah, tanah, simpanan dan pelaburan bukanlah suatu perkara yang mudah. Sudah pasti anda tidak mahu segalanya hilang dek kerana tiada perancangan yang rapi untuk melindungi aset-aset anda.
Hibah takaful adalah instrumen paling tepat untuk melindungi aset-aset anda.
“Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang meminta-minta” pernahkah anda dengar kenyataan ini?
Cuba anda renungkan sebentar, bolehkah anda menamakan 5 orang yang diyakini boleh menghulurkan bantuan yang berterusan kepada keluarga anda sekiranya anda terlebih dahulu pergi meninggalkan keluarga tersayang?
Jika tiada, maka Hibah takaful adalah jawapannya!
5 Golongan Ini Disarankan Untuk Ada Hibah
Bagaimana Takaful4Us dapat bantu anda dapatkan hibah takaful yang sesuai
- Semakan status ahli waris melalui analisis faraid & analisis aset
- Pelan tindakan pewarisan harta yang tepat dan mudah
- Penyediaan dokumen yang lengkap secara fizikal & online
- Konsultasi komprehensif agar anda rasa yakin dan tenang
Mengapa Saya Cadangkan Anda Pilih Hibah Takaful?
- Penama adalah penerima mutlak.
- Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid yang rumit & makan masa yang panjang.
- Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja walaupun individu tersebut tidak berhak dalam faraid.
- Mengelakkan konflik keluarga (perebutan) pampasan,kerana hibah tidak boleh dipertikai & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.
Bagaimana Hibah Takaful Berfungsi ?
Dalam Konteks Hibah Takaful,fungsinya Terbahagi Kepada Beberapa Bahagian Iaitu :
1.
Apabila Berlaku Kematian
Pampasan yang telah dihibahkan kepada penama akan terus diberi kepada penama tersebut. Ianya tidak melalui proses pembahagian harta pusaka dan faraidh.Ianya berbeza dengan simpanan atau harta yang lain seperti EPF,ASB dan AKAUN BANK dimana penama yang diletakkan adalah PENJAGA AMANAH dan kesemua harta tersebut merupakan HARTA PUSAKA dan hendaklah dibahagikan kepada WARIS yang berhak.
2.
Semasa Hidup
Polisi HIBAH TAKAFUL yang diambil juga mempunyai PERLINDUNGAN TERHADAP LUMPUH KEKAL dan penyakit kritikal Di mana,pemilik polisi akan menerima sejumlah PAMPASAN apabila disahkan menghadapi keadaan tersebut. Pampasan ini juga boleh digunakan sebagai SURVIVAL FUND atau PERLINDUNGAN PENDAPATAN sekiranya anda tidak mampu bekerja dan mencari pendapatan lagi.
Memperkenalkan Pelan
PruBSN Warisan Plus
APA KATA MEREKA YANG SUDAH DAPAT PAMPASAN
Sebahagian daripada klien yang berjaya mendapat pampasan hibah
Bagaimana Proses Buat Hibah?
Langkah 1
Isi Borang Online
Lengkapkan borang Quotation PERCUMA di bawah yang disediakan untuk saya sediakan maklumat yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda
Langkah 2
Konsultansi
Sesi konsultansi secara online atau offline mengikut keselesaan anda bersama saya untuk memastikan anda mendapat pelan yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan
Langkah 2
Konsultansi
Polisi diaktifkan dan anda akan menerima khidmat sokongan dan rujukan berterusan daripada saya.
FREE QUOTATION
Dapatkan Quotation PERCUMA hari ini
Soalan Lazim
Hibah takaful perlu dibayar selama mana anda memerlukan perlindungan ini. Ianya diambil dan disimpan terutama ketika tanggungjawap anda masih banyak dimana anak anak masih kecil, hutang rumah/kereta belum langsai, bantuan pada ibubapa, dan pelbagai tanggungan yang anda masih pikul. Apabila anak anak sudah besar dan berdikari, hutang rumah selesai dan simpanan pasangan/keluarga dalam keadaan selesa, anda boleh “surrender” hibah takaful dan ambil apa apa simpanan dalam plan ini.
Konsep hibah takaful dan takaful hayat sama sahaja. Namun kegunaan berbeza. Takaful hayat adalah untuk perlindungan bagi diri kita sendiri dimana dalam plan takaful hayat akan ada perlindungan hayat, medikal kad, perlindungan sakit kritikal, elaun hospital dan lain lain yang kita mahu pegang sepanjang hayat. Ini menyebabkan takaful hayat mahal kerana pelbagai perlindungan ada di dalamnya.
Hibah takaful pula bersifat sementara, iaitu dipegang ketika kos tanggungan kita tinggi. Hibah takaful boleh dilepaskan ketika kos tanggungan kita sudah menurun atau tiada lagi. Hibah takaful memberikan perlindungan yang tinggi dengan kos yang lebih murah.
Anda boleh hibahkan sehingga kepada 4 orang. Sesiapa sahaja boleh dihibahkan samada ada pertalian darah atau tidak.
Ya, penerima hibah takaful boleh ditukar jika anda mahu pada bila bila masa sebelum berlaku kematian pada pemegang sijil hibah takaful.
Wasi takaful adalah pemegang amanah sahaja. Jika berlaku kematian, wasi takaful akan menerima bayaran pampasan takaful. Namun beliau perlu bahagikan wang itu mengikut pecahan faraid.
Hibah takaful adalah hadiah, dan tidak perlu dibahagi mengikut faraid.
Simpanan dalam hibah takaful adalah dalam bentuk unit-amanah atau unit trust. Jumlah simpanan tidak dijamin dan berubah ikut harga pasaran semasa unit-amanah. Ianya dana 100% ikut shariah.
Anggaran simpanan akan diberikan dalam sebut harga sijil sebelum anda ambil plan ini. Ini kerana jumlah simpanan berbeza ikut usia, jantina dan jumlah caruman masing masing.
Jumlah bantuan kewangan yang ditawarkan melalui hibah Takaful bergantung kepada pelbagai faktor, seperti jenis hibah, liputan pemegang polisi, dan keparahan kesulitan kewangan. Syarikat insurans Takaful biasanya mempunyai had maksimum untuk jumlah hibah, dan jumlah sebenar yang diberikan mungkin tertakluk kepada ulasan dan kelulusan oleh syarikat.
Beberapa hibah Takaful mungkin mempunyai tempoh tunggu, iaitu tempoh masa di mana pemegang polisi harus menunggu sebelum layak menerima hibah. Tempoh tunggu mungkin berbeza-beza bergantung pada jenis hibah dan dasar syarikat. Adalah penting untuk memeriksa terma dan syarat polisi Takaful anda untuk memahami sebarang tempoh tunggu yang mungkin terpakai.
Kelayakan untuk hibah Takaful mungkin bergantung pada status kesihatan pemegang polisi, dan beberapa keadaan perubatan yang sedia ada mungkin mempengaruhi kelayakan atau jumlah hibah. Walau bagaimanapun, setiap syarikat insurans Takaful mungkin mempunyai dasar sendiri mengenai keadaan perubatan yang sedia ada, dan beberapa mungkin menawarkan hibah untuk keadaan perubatan tertentu sebagai sebahagian daripada liputan mereka.
Masa pemprosesan untuk permohonan hibah Takaful mungkin berbeza-beza bergantung pada dasar syarikat dan kekompleksan permohonan. Sesetengah syarikat Takaful mungkin mempunyai pilihan ‘fast-track’ untuk kes-kes kecemasan, manakala yang lain mungkin memerlukan masa pemprosesan yang lebih lama untuk ulasan dan pengesahan permohonan yang teliti.
Tujuan hibah Takaful biasanya ditentukan oleh syarikat insurans Takaful dan mungkin terhad kepada perbelanjaan tertentu, seperti bil perubatan atau perbelanjaan pengurusan jenazah. Adalah penting untuk memeriksa terma dan syarat polisi Takaful anda atau menghubungi syarikat secara langsung untuk memahami penggunaan yang dibenarkan bagi jumlah hibah.