
Cara Guna Medical Card Dan Membuat Tuntutan
- Kad Medikal
- Takaful

Memilih Kad Perubatan (Medical Card) ibarat memilih pasangan hidup—silap pilih, merana badan. Ramai yang terburu-buru ambil pelan paling murah tanpa menyemak isi kandungannya, akhirnya bila sakit, baru sedar bilik sempit atau had tuntutan tak cukup. Jangan risau, kami rangkumkan panduan lengkap gabungan ciri perlindungan terbaik dan kemudahan teknologi terkini supaya anda mendapat perlindungan yang bukan sahaja komprehensif, tetapi juga mudah diurus.

Perkara pertama yang perlu anda putuskan: Nak yang ‘kosong’ atau ‘pakej’?
.
Kos rawatan naik setiap tahun (Inflasi Perubatan ~12%). Pelan yang nampak cukup hari ini mungkin tak laku 10 tahun lagi.

Bila sakit, emosi kita rapuh. Kita mahukan privasi, bukan duduk di wad yang bising dan sesak. Semak kelayakan harga bilik pelan anda. Adakah RM150 (bilik kongsi 4 orang) atau RM300 (bilik seorang)? Kami sarankan ambil pelan dengan harga bilik yang fleksibel atau tinggi sedikit. Ingat, harga bilik hospital swasta sentiasa naik. Pelan yang memberi opsyen bilik Single Bed memberikan anda dan keluarga keselesaan aurat dan ketenangan untuk berehat tanpa gangguan.

Kad perubatan paling mahal pun tak guna kalau hospital berdekatan rumah anda bukan panelnya. Pastikan syarikat Takaful anda mempunyai jaringan panel hospital yang luas dan “Strong Presence”. Ini memudahkan proses Guarantee Letter (GL) dikeluarkan. Jangan sampai waktu kecemasan, anda kena bayar dulu dan tuntut kemudian (Pay and Claim) hanya sebab hospital tu bukan panel ‘Premier’ syarikat anda.

Di zaman serba pantas ini,lagi-lagi zaman AI ni banyak syarikat yang mula hantar borang secara online je. Pilih syarikat Takaful yang menawarkan aplikasi mudah alih (App) untuk pengurusan polisi.

Kesimpulannya, kad perubatan terbaik adalah kad yang anda faham isinya dan mudah digunakan bila tiba masanya. Gabungan perlindungan yang kukuh (Had Tinggi + Bilik Selesa) dan teknologi pengurusan terkini akan memastikan anda tidur lena setiap malam. Jangan tunggu sakit baru nak cari, masa tu kad “Gold” pun dah tak laku.






