Powered by ProofFactor - Social Proof Notifications
blank

Cara Guna Medical Card Dan Membuat Tuntutan

Memiliki kad perubatan atau medical card kini bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan asas buat setiap keluarga di Malaysia.

Kali ini, saya ingin memfokuskan kepada maklumat terkini mengenai cara menggunakan Medical Card Evolusi daripada Great Eastern Takaful (GETB). Saya faham, ramai yang merasa stress apabila memikirkan urusan hospital—terutama isu kelewatan Guarantee Letter (GL). Sebenarnya, jika kita faham SOP dan langkah yang betul, prosesnya sangatlah mudah.

Mari kita lihat panduan langkah demi langkah menggunakan Medical Card Evolusi anda.


Senarai Semak Sebelum Menggunakan Medical Card Evolusi

Sebelum anda melangkah ke hospital, pastikan perkara-perkara ini sudah disemak untuk mengelakkan tuntutan ditolak atau GL tidak dikeluarkan.

a. Tempoh Menunggu (Waiting Period)

Sama seperti pelan takaful lain, Medical Card Evolusi mempunyai tempoh menunggu:

  • 30 Hari Pertama: Hanya kecemasan akibat kemalangan sahaja dilindungi. Sakit biasa (demam, jangkitan kuman, dll) belum dilindungi.
  • 120 Hari (Penyakit Spesifik): Untuk penyakit seperti hipertensi, kencing manis, batu karang, kanser, dan masalah tulang belakang, anda perlu melepasi tempoh 120 hari sebelum boleh membuat tuntutan.

b. Status Polisi (Pastikan Aktif!)

Sila pastikan caruman bulanan anda dibayar tepat pada masanya. Polisi yang luput (lapsed) akan menyebabkan GL tidak dapat dikeluarkan. Untuk peserta Great Eastern Takaful, anda boleh menyemak status polisi melalui aplikasi Great ID atau portal i Great In Touch.

c. Kenali Had (Limit) Anda

Pelan Evolusi mempunyai pilihan deductible (pilihan perkongsian kos) atau pelan penuh. Pastikan anda tahu had tahunan anda dan had bilik wad supaya anda tidak perlu membayar baki perbezaan harga bilik nanti.

d. Hospital Panel Terkini

Pastikan hospital yang anda tuju adalah panel Great Eastern Takaful. Anda boleh menyemak senarai hospital panel terkini melalui laman web rasmi GETB atau aplikasi telefon GetCare.

blank

Step-By Step Cara Guna Medical Card Evolusi

Jika senarai semak di atas sudah “clear”, ikuti langkah-langkah ini apabila anda perlu mendapatkan rawatan:

Langkah 1: Dapatkan Diagnosa & Surat Rujukan (Refer Letter)

Jangan terus ke hospital pakar jika keadaan tidak terlalu cemas. Sebaiknya, berjumpa doktor di klinik panel (GP) terlebih dahulu. Jika doktor merasakan anda perlu dimasukkan ke wad, minta Surat Rujukan (Refer Letter) daripada doktor.

  • Hospital swasta lebih mudah memproses kemasukan jika ada surat rujukan.
  • Ini mengelakkan anda “sangkut” di Unit Kecemasan kerana hospital menganggap sakit anda hanya perlu rawatan pesakit luar (yang selalunya tidak ditanggung medical card).

Langkah 2: Pendaftaran di Kaunter Admission

Bawa kad pengenalan (IC) dan surat rujukan tadi ke bahagian pendaftaran atau Admission Counter. Maklumkan anda adalah peserta Great Eastern Takaful.

  • Pihak hospital akan meminta deposit/deductible. kebiasaannya sekitar RM500. Jangan risau, deposit ini hanya perlu dibayar sekali sahaja per policy year. Contoh, anda masuk hospital pada Januari 2026, lepas kena masuk lagi bulan Jun 2026, deductible bulan Jun nanti tak perlu dibayar dah.
blank

Langkah 3: Urusan Guarantee Letter (GL)

Setelah doktor pakar mengesahkan anda perlu ditahan di wad, pihak hospital akan menghantar laporan perubatan awal kepada GETB untuk mendapatkan Initial GL.

  • Proses ini biasanya mengambil masa 1 hingga 3 jam, bergantung kepada kecekapan hospital dan butiran laporan.
  • Tugas anda? Hanya berehat di wad. Jika ada ejen, maklumkan kepada mereka supaya mereka boleh membantu memantau status GL anda.

Langkah 4: Rawatan & Discharge (Keluar Hospital)

Selepas rawatan selesai dan doktor membenarkan anda pulang, hospital akan menyediakan laporan akhir dan bil penuh untuk dihantar kepada GETB bagi mendapatkan Final GL.

  • Proses Final GL mungkin mengambil masa sedikit lama (biasanya 2-4 jam) kerana pihak takaful perlu menyemak setiap item dalam bil hospital.
  • Sambil menunggu, anda boleh mula mengemas barang-barang.
blank

Langkah 5: Dokumen Penting Sebelum Pulang

Sebelum meninggalkan kaunter hospital, pastikan anda menerima:

  1. Discharge Summary (Ringkasan rawatan).
  2. Salinan Bil Hospital (Untuk rekod).
  3. Surat Cuti Sakit (MC) (Jangan lupa minta, hospital tidak akan pos kepada anda kemudian).
  4. Resit Deposit (Untuk proses tuntutan semula jika ada baki).

Kesimpulan

Medical Card Evolusi direka untuk memberikan perlindungan terbaik, namun kerjasama anda dalam mengikut SOP adalah kunci kelancaran proses. Ingat, kad perubatan adalah untuk perlindungan kemasukan wad (in-patient). Rawatan pesakit luar (kecuali kes kemalangan dalam tempoh 24 jam) biasanya tidak ditanggung.

Gunakanlah kemudahan ini dengan bijak. Jika anda mempunyai sebarang soalan lanjut mengenai pelan Evolusi atau memerlukan bantuan tuntutan, sila hubungi saya. Saya sedia membantu memastikan perlindungan anda sentiasa dalam keadaan terbaik.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ketenangan fikiran buat anda dan keluarga.

blank
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

    blank
    Saya ada hadiah untuk Anda

    Dapatkan ebook ilmu takaful

    Lindungi Diri dan Orang Tersayang

    Jom sembang takaful

    blank
    Takaful4Us adalah platform peribadi ejen Takaful untuk menyampaikan maklumat-makluamt terbaru tentang kelebihan dan manfaat produk Takaful. Kami menyediakan khidmat nasihat dan servis pendaftaran Takaful di bawah Great Eastern Takaful.

    CONTACT US

    + 601118818316 [email protected]
    35, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Follow Us

    The information provided on this website https://takaful4us.com is for general informational purposes only. It is not intended as legal, financial, or insurance advice and should not be construed or relied on as such. The details provided are subject to change based on the specific terms and conditions of an individual Takaful policy. The products and services offered on this website are underwritten by respected Takaful Operators. All claims and disputes regarding the products and services should be directed to respected Takaful Operators. By using this website, you agree to be bound by our Terms of Use and Privacy Policy. If you do not agree with these terms, please do not access or use this website. All rights reserved. The content of this website, including all text, graphics, images, and other material, is protected by copyright law and may not be copied, reproduced, distributed, republished, downloaded, displayed, posted, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of The Author. The Author makes no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability, or availability of the information, products, services, or related graphics contained on this website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk. In no event will The Author be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
    © Copyright 2025 Takaful4Us
    Privacy Policy Terms of Service