Powered by ProofFactor - Social Proof Notifications
Panduan Hibah Takaful Eksklusif

Lindungi yang tersayang dengan Hibah Takaful

Cara paling pantas menyalurkan tunai kepada waris — tanpa Faraid, tanpa Surat Kuasa Mentadbir, tanpa kerenah panjang. Ketahui cara buat, tukar penama, dan tuntut hibah anda di sini.

100%
Hak Penama Hibah
5 Thn
Tempoh Penyiasatan
Bebas
Daripada Faraid
Sijil Takaful · Aktif
i-Great Chinta
Aktif
Basic Sum CoveredRM800,000
Khairat KematianRM5,000
Pampasan Penyakit Kritikal✓ Termasuk
Sijil Takaful · Aktif
i-Great Nova
Aktif
Basic Sum CoveredRM300,000
Khairat KematianRM2,000
Pampasan Penyakit Kritikal✓ Termasuk
Bab 1 · Mula Di Sini

Lepas polisi berjalan: 6 perkara wajib buat

Polisi takaful anda dah aktif? Tahniah! Tetapi kerja anda belum habis. Berikut 6 langkah penting supaya perlindungan anda berfungsi sepenuhnya dan waris tidak kerumitan kelak.

1

Daftar i-Get In Touch

Layari igetintouch.greateasterntakaful.com dan daftar Great ID anda. Portal ini pintu masuk utama untuk semak sijil, status, e-form & semua urusan dalam talian.

2

Tetapkan Penama Hibah

Paling penting! Lantik penama hibah supaya manfaat sampai terus kepada waris tanpa Faraid. Boleh dibuat 100% online melalui iGIT.

Lihat caranya →
3

Muat Turun GETCare App

Akses kad perubatan digital, semak status tuntutan & cari panel hospital terdekat. Tersedia di Google Play & App Store — cari "GETCare".

4

Simpan Sijil Asal

Simpan sijil takaful asal & dokumen polisi dalam fail khas di tempat selamat. Maklumkan ahli keluarga tentang lokasi dokumen ini untuk kemudahan kelak.

5

Set Auto-Debit Caruman

Elakkan sijil lapse! Setup pembayaran auto-debit dari kad kredit/debit melalui iGIT supaya caruman tidak terlepas walaupun sibuk.

Lihat caranya →
6

Maklumkan Keluarga

Beritahu pasangan & waris tentang polisi anda — termasuk nama syarikat, nombor sijil, jumlah perlindungan, dan cara hubungi ejen jika berlaku kecemasan.

📞 Perlu Bantuan?

Tak sempat setup sendiri? Kami bantu!

Sebagai ejen GET berdaftar, kami sedia bantu setup akaun iGIT, daftar penama hibah, & guide anda lalui semua 6 langkah tanpa caj tambahan. Kekal fokus pada keluarga — biar kami uruskan dokumen.

Hubungi Ejen
Bab 2 · Caruman

Cara tukar kaedah caruman ke kad kredit / debit

Mahu setup auto-debit caruman supaya sijil tidak lapse? Ikut panduan ini untuk tukar kaedah pembayaran ke Kad Kredit / Debit (Easi-Pay) melalui portal iGIT — semua boleh dibuat sendiri dalam talian.

Easi-Pay (Kad Kredit/Debit)

Auto-debit melalui kad Visa / Mastercard. Caruman didebitkan terus dari kad anda mengikut tarikh matang.

Pantas & Online

Tiada borang fizikal. Daftar terus melalui portal iGIT — diluluskan dalam masa 2–5 hari bekerja.

Selamat & Pasti

Pemilik kad mestilah peserta sendiri ATAU pasangan, anak, ibu bapa, atau adik-beradik. Tidak boleh guna kad orang luar keluarga.

1

Log Masuk ke i-Get In Touch (iGIT)

Layari igetintouch.greateasterntakaful.com dan log masuk dengan Great ID. Jika belum daftar, klik "Daftar Sekarang" dan ikut pengesahan menggunakan No. IC.

2

Pergi ke "My Service Request"

Klik menu "My Service Request" di sidebar. Pilih "Change Contribution Method" dari senarai perkhidmatan.

3

Pilih Sijil & Kaedah Baru

Pilih sijil takaful yang mahu dikemaskini. Kemudian pilih "Credit Card" sebagai kaedah caruman baru.

4

Lengkapkan Maklumat Kad

Sahkan maklumat hubungan, kemudian masukkan butiran kad: nombor kad, tarikh luput, CVV, nama pemegang, dan hubungan pemegang kad dengan peserta.

5

Pengesahan 3D Secure (OTP)

Sistem akan minta pengesahan 3D Secure dari bank. Masukkan OTP yang dihantar melalui SMS/e-mel untuk sahkan transaksi.

Selesai — Auto-Debit Aktif!

Diproses dalam 2–5 hari bekerja. Anda akan terima notifikasi apabila kaedah baru diluluskan. Caruman didebitkan automatik mengikut jadual matang sijil.

Nota: Hanya kad Visa/Mastercard diterima. Kad antarabangsa mesti ada 3D Secure. Pendaftaran DDA baharu ditangguhkan sementara — guna kad kredit/debit sebagai alternatif. Bantuan: Careline 1300-13-8338.
Bab 3 · Asas

Apa itu Hibah Takaful?

Fahami konsep asas sebelum buat keputusan — apa beza hibah dengan pusaka biasa, dan kenapa ia jadi cara paling pantas melindungi keluarga.

Hibah Takaful bermaksud "pemberian semasa hidup" — anda menyerahkan manfaat takaful sebagai hadiah kepada penerima yang anda pilih, melalui konsep hibah bersyarat di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI 2013).

Pantas & Terus

Manfaat diserahkan terus kepada penama tanpa perlu menunggu Perintah Probet, Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian.

Bebas Faraid

Tidak tertakluk kepada undang-undang pembahagian harta pusaka Islam. Anda bebas menetapkan peratusan kepada sesiapa sahaja.

100% Hak Penerima

Penama hibah memiliki sepenuhnya manfaat takaful. Pemiutang lain TIDAK boleh menuntut wang yang telah dihibahkan.

Wasi vs Benefisiari Hibah Bersyarat

Anda boleh memilih dua jenis penamaan. Fahami perbezaan ini sebelum membuat keputusan.

Pelaksana / Pentadbir

Penama Sebagai Wasi

Menerima manfaat sebagai pemegang amanah

  • Wajib agihkan mengikut Faraid atau wasiat
  • Penama mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Sesuai jika mahu manfaat diagih ikut hukum syarak
  • Tidak boleh terus guna untuk diri sendiri
★ DISYORKANPenerima manfaat penuh

Benefisiari Hibah Bersyarat

Menerima 100% manfaat sebagai milik sendiri

  • Menerima 100% manfaat sebagai milik sendiri
  • Tidak perlu agihkan ikut Faraid
  • Tiada had umur bagi penerima hibah
  • Boleh tetapkan peratusan kepada ramai individu
  • Lebih pantas — manfaat sampai terus selepas tuntutan
Cadangan kami: Kebanyakan keluarga lebih sesuai memilih Benefisiari Hibah Bersyarat kerana ia memberi kawalan penuh untuk tentukan siapa dapat berapa, tanpa proses panjang Mahkamah Pusaka atau Syariah.
Bab 4 · Untuk Peserta

Buat hibah online melalui i-Get In Touch

Sekarang anda boleh buat penamaan hibah secara dalam talian melalui portal layan diri rasmi Great Eastern Takaful — iGIT. Tiada perlu pergi cawangan, tiada borang fizikal.

1

Log Masuk ke i-Get In Touch

Layari igetintouch.greateasterntakaful.com dan log masuk menggunakan Great ID (e-mel + kata laluan). OTP 6 digit dihantar ke nombor telefon berdaftar.

2

Pergi ke "My Form" → Pelantikan Penama

Klik "My Form Submission" di sidebar. Pilih "Certificate Alteration", kemudian "Pelantikan / Tukar Penama Hibah".

3

Lengkapkan Maklumat Penama

Masukkan nama penuh, No. IC, tarikh lahir, hubungan & peratus pembahagian. Boleh pilih lebih seorang penama. Jumlah peratusan mesti = 100%. Contoh: Isteri 60%, Anak 25%, Ibu 15%.

4

Isi Maklumat Saksi

Lantik seorang saksi: berusia 18 tahun ke atas, waras, dan BUKAN penama yang dilantik. Saksi boleh ahli keluarga lain atau rakan.

5

Hantar & Semak Status

Klik "Submit". Status boleh disemak di "Track & Trace". Tempoh proses biasanya 7–14 hari bekerja. Notifikasi e-mel & SMS apabila diluluskan.

Selesai!

Hibah anda didaftarkan secara rasmi. Muat turun surat pengesahan penamaan dari iGIT sebagai rekod keluarga.

Nota penting: Jika anda berusia 16 tahun ke atas, anda dibenarkan membuat penamaan hibah. Penama boleh sesiapa sahaja — ahli keluarga, rakan, malah di luar keluarga. Tidak terhad kepada Muslim sahaja bagi benefisiari hibah bersyarat.
Bab 5 · Kemaskini

Cara tukar penama hibah

Hidup berubah — kahwin, cerai, anak baru lahir, atau penama meninggal dunia. Anda BOLEH tukar penama pada bila-bila masa sepanjang sijil masih aktif.

Selepas Berkahwin

Tambah pasangan sebagai penama & kemaskini peratusan mengikut tanggungan baru.

Anak Baru Lahir

Masukkan anak sebagai penerima. Ingat — tiada had umur untuk benefisiari hibah bersyarat.

Penama Meninggal

Jika penama meninggal dahulu, kemaskini SEGERA untuk elak komplikasi semasa tuntutan kelak.

1

Log Masuk & Pilih "My Form Submission"

Masuk iGIT, klik "Tukar / Update Penama Hibah". Sistem paparkan senarai penama sedia ada.

2

Edit / Buang / Tambah Penama

Kemaskini mengikut keperluan. Pastikan jumlah peratus = 100% sebelum hantar.

3

Lengkapkan Saksi & Tandatangan

Isi maklumat saksi baru jika perlu, tandatangan elektronik & klik "Submit".

Selesai & Disahkan

Semak status di Track & Trace. Notifikasi dihantar apabila perubahan didaftarkan.

Hibah Mutlak: Jika hibah berstatus Hibah Mutlak, anda perlu persetujuan penerima sedia ada SEBELUM perubahan boleh dibuat. Untuk Hibah Bersyarat (paling biasa), perubahan boleh dibuat sendiri.
Bila perlu kemaskini: Disyorkan semak penamaan hibah setiap 1–2 tahun atau apabila ada perubahan besar dalam hidup. Penamaan lapuk boleh menyebabkan komplikasi semasa tuntutan.
Bab 6 · Untuk Waris / Penama

Cara tuntutan (claim) hibah takaful

Apabila peserta takaful meninggal dunia, penama hibah berhak menuntut manfaat takaful daripada Great Eastern Takaful. Berikut panduan lengkap proses, dokumen, dan masa pemprosesan.

1

Maklumkan kepada GET secepat mungkin

Hubungi Careline 1300-13-8338 atau e-mel untuk maklumkan kematian peserta. Atau hubungi terus ejen anda — kami uruskan komunikasi dengan GET.

2

Dapatkan Borang Tuntutan Kematian

Borang boleh dimuat turun di portal iGIT, laman web GET, atau cawangan. Diisi oleh penama hibah & disahkan pegawai dibenarkan.

3

Sediakan Semua Dokumen Sokongan

Senarai lengkap di bawah. Pastikan semua disahkan oleh pegawai dibenarkan — Pegawai GET, Pesuruhjaya Sumpah, Notari, Peguam, JP, Ahli Parlimen, Ketua Balai, Penghulu, atau Pegawai Daerah.

4

Hantar Dokumen ke GET

Melalui (a) cawangan berdekatan, (b) Pos berdaftar ke Ibu Pejabat Menara Great Eastern, atau (c) upload terus melalui iGIT (maks 25MB; PDF/PNG/JPG).

5

Tempoh Penyiasatan (Investigation)

GET menjalankan penyiasatan untuk sahkan tuntutan. Tempoh boleh sampai 5 tahun dari tarikh sijil dikeluarkan. Lihat penjelasan penuh →

Pembayaran Manfaat Hibah

Setelah diluluskan, manfaat dibayar terus ke akaun penama mengikut peratusan ditetapkan. Tempoh biasa: 14–30 hari bekerja selepas dokumen lengkap (kes mudah di luar tempoh penyiasatan).

📂 Senarai Dokumen Diperlukan

Sediakan dokumen berikut. Pastikan setiap salinan disahkan pegawai dibenarkan sebelum dihantar.

Borang Tuntutan Kematian
Sijil Kematian (asal + disahkan)
Salinan IC simati (2 belah)
Salinan IC penama / waris
Sijil Takaful asal (jika ada)
Laporan perubatan terakhir
Permit pengebumian (JPN.LM02)
Laporan polis (jika kemalangan)
Salinan buku akaun bank penama
Sebab tuntutan DITOLAK: Tidak buat pendedahan penting, sijil lapse, kematian dalam tempoh menunggu, kematian akibat klausa pengecualian (cth. bunuh diri tahun pertama), dokumen tidak lengkap. Pastikan sijil aktif & dokumen lengkap.
💚 Bantuan Penuh

Kami bantu keluarga anda uruskan tuntutan

Sebagai ejen GET berdaftar, kami bantu uruskan proses tuntutan dari A hingga Z — tanpa caj tambahan.

Bantuan Segera
Bab 7 · Penting Diketahui

Tempoh penyiasatan 5 tahun (Contestability Period)

Setiap sijil tertakluk kepada satu tempoh penyiasatan di mana pengendali takaful boleh menyiasat tuntutan kematian dan menolak jika ada ketidakdedahan penting (non-disclosure) semasa permohonan. Fahami konsep ini supaya tiada terkejut kelak.

5
Tahun Pertama Sijil

Tempoh Penyiasatan Penuh

Dalam 5 tahun pertama dari tarikh sijil dikeluarkan/dikuatkuasakan semula, GET BERHAK menjalankan penyiasatan menyeluruh ke atas sebarang tuntutan kematian — termasuk rekod perubatan lalu & kenyataan dalam borang permohonan.

Bila Bermula?

Tempoh 5 tahun bermula daripada tarikh kuatkuasa sijil atau tarikh kuatkuasa semula (jika pernah lapse) — yang mana terkemudian.

Apa Yang Disiasat?

Borang permohonan asal, rekod perubatan di hospital/klinik yang dilawati, dan kenyataan status kesihatan & gaya hidup semasa permohonan.

Selepas 5 Tahun

Sijil dianggap "incontestable" — tuntutan TIDAK BOLEH lagi ditolak berdasarkan ketidakdedahan, kecuali kes penipuan (fraud) yang nyata.

Klausa Bunuh Diri: Tiada tuntutan dibayar bagi kejadian bunuh diri (waras atau tidak) dalam tahun pertama sijil berkuatkuasa atau dari tarikh kuatkuasa semula. Ini berasingan daripada tempoh penyiasatan 5 tahun.
Cara elak masalah tuntutan: (1) Beri maklumat jujur & lengkap dalam borang cadangan termasuk rekod perubatan lalu. (2) Kemaskini perubahan status kesihatan. (3) Bayar caruman tepat masa supaya sijil tidak lapse. (4) Simpan dokumen & maklumkan penama hibah.
Bab 8 · Senarai Manfaat

61 Penyakit Kritikal yang dilindungi

Pampasan Penyakit Kritikal melindungi anda daripada 61 penyakit major. Klik mana-mana penyakit untuk lihat definisi & simptom. Tukar bahasa di sebelah kanan.

Cara Tuntutan Penyakit Kritikal

Jika anda disahkan menghidap salah satu penyakit kritikal di atas (selepas tempoh menunggu), ikut langkah tuntutan ini.

1

Dapatkan Dokumen Tuntutan

Sediakan Borang Tuntutan Penyakit Kritikal (Claimant Statement) & Sijil Perubatan Sulit yang sepadan: Otak/Saraf/Otot, Kanser, Jantung, atau Penyakit Lain. Tambah Letter of Authorisation untuk maklumat lanjut.

2

Doktor Lengkapkan Sijil Perubatan

Pakar perubatan yang merawat perlu mengisi & mengesahkan sijil perubatan sulit dengan diagnosis penuh, keputusan ujian & tahap keterukan penyakit.

3

Hantar Tuntutan

Online: melalui iGIT atau ejen anda. Hardcopy: cawangan berdekatan atau Pusat Khidmat Pelanggan, Menara Great Eastern, Jalan Ampang KL.

4

Semak Status

Guna fungsi "My Claim" dalam iGIT untuk jejak status tuntutan, atau e-mel [email protected].

Pembayaran Pampasan

Setelah diluluskan, pampasan penyakit kritikal dibayar terus kepada anda — boleh digunakan untuk rawatan, pendapatan ganti, atau apa sahaja keperluan.

Tempoh menunggu: 30 hari untuk kebanyakan penyakit; 60 hari untuk penyakit jantung tertentu; 120 hari untuk kanser. Tuntutan dalam tempoh menunggu tidak layak dibayar.

Senarai & definisi ini ringkasan pendidikan sahaja berdasarkan Apendiks Senarai Penyakit Kritikal Great Eastern Takaful. Definisi rasmi, terma, syarat & tahap keterukan yang mengikat tuntutan adalah seperti dinyatakan dalam dokumen sijil takaful anda. Sila rujuk sijil atau perunding takaful berlesen untuk maklumat tepat.

Penyakit Kritikal

Definisi

Simptom Lazim

    Maklumat pendidikan umum sahaja, bukan diagnosis perubatan. Definisi rasmi tuntutan adalah seperti dalam dokumen sijil takaful anda.

    ✦ Panduan Hibah Takaful Eksklusif

    Lindungi Yang Tersayang Dengan Hibah Takaful

    Hibah Takaful adalah cara paling pantas menyalurkan tunai kepada waris — tanpa Faraid, tanpa Surat Kuasa Mentadbir, tanpa kerenah panjang. Ketahui cara buat, tukar penama, dan tuntut hibah anda di sini.

    100%
    Hak Penama Hibah
    5 Thn
    Tempoh Penyiasatan
    Bebas
    Daripada Faraid
    📜
    Sijil Takaful
    i-Great Nova · Aktif
    Jumlah PerlindunganRM500,000
    Penama Hibah3 Orang
    Status Hibah✓ Disahkan
    🤲
    Penerima Hibah
    Pembahagian peratusan
    Isteri (Aminah)50%
    Anak Sulung30%
    Ibu20%
    Mula Di Sini

    Lepas Polisi Berjalan: 6 Perkara Wajib Buat

    Polisi takaful anda dah aktif? Tahniah! Tetapi kerja anda belum habis. Berikut adalah 6 langkah penting supaya perlindungan anda berfungsi sepenuhnya dan waris tidak kerumitan kelak.

    1
    🔐

    Daftar i-Get In Touch

    Layari igetintouch.greateasterntakaful.com dan daftar Great ID anda. Portal ini adalah pintu masuk utama untuk semak sijil, status, e-form, & semua urusan dalam talian.

    2
    📜

    Tetapkan Penama Hibah

    Paling penting! Lantik penama hibah supaya manfaat sampai terus kepada waris tanpa Faraid. Boleh dibuat 100% online melalui iGIT.

    Lihat caranya →
    3
    📱

    Muat Turun GETCare App

    Akses kad perubatan digital, semak status tuntutan, & cari panel hospital terdekat. Tersedia di Google Play & App Store — cari "GETCare".

    4
    🗄️

    Simpan Sijil Asal

    Simpan sijil takaful asal & dokumen polisi dalam fail khas di tempat selamat. Maklumkan ahli keluarga tentang lokasi dokumen ini untuk kemudahan kelak.

    5
    🔄

    Set Auto-Debit Caruman

    Elakkan sijil lapse! Setup pembayaran auto-debit dari kad kredit/debit melalui iGIT supaya caruman tidak terlepas walaupun sibuk.

    6
    💬

    Maklumkan Keluarga

    Beritahu pasangan & waris tentang polisi anda — termasuk nama syarikat, nombor sijil, jumlah perlindungan, dan cara hubungi ejen jika berlaku kecemasan.

    📞 Perlu Bantuan?

    Tak Sempat Setup Sendiri? Kami Bantu!

    Sebagai ejen GET berdaftar, kami sedia bantu setup akaun iGIT, daftar penama hibah, & guide anda lalui semua 6 langkah di atas tanpa caj tambahan. Kekal fokus pada keluarga — biar kami uruskan dokumen.

    Bab Caruman

    Cara Tukar Kaedah Caruman ke Kad Kredit / Debit

    Mahu setup auto-debit caruman bulanan/tahunan supaya sijil takaful tidak lapse? Ikut panduan ini untuk tukar kaedah pembayaran ke Kad Kredit / Kad Debit (Easi-Pay) melalui portal i-Get In Touch (iGIT) — semua boleh dibuat sendiri dalam talian.

    📌
    Nota Ilustrasi: Paparan dashboard iGIT di bawah hanyalah ilustrasi rekaan untuk memudahkan pemahaman anda. Antara muka sebenar di portal Great Eastern Takaful mungkin sedikit berbeza, tetapi langkah-langkah dan menu adalah sama.
    💳

    Easi-Pay (Kad Kredit/Debit)

    Auto-debit melalui kad kredit atau kad debit Visa / Mastercard. Caruman akan didebitkan terus dari kad anda mengikut tarikh matang.

    Pantas & Online

    Tiada borang fizikal. Tiada perlu hantar surat. Daftar terus melalui portal iGIT — diluluskan dalam masa 2–5 hari bekerja.

    🛡️

    Selamat & Pasti

    Pemilik kad mestilah peserta sendiri ATAU pasangan, anak, ibu bapa, atau adik-beradik peserta. Tidak boleh guna kad rakan/orang luar keluarga.

    📋 Langkah Demi Langkah

    Pastikan anda ada Great ID dan kad Visa/Mastercard berdaftar di Malaysia. Untuk kad antarabangsa, kad kredit dengan 3D Secure sahaja yang diterima.

    1

    Log Masuk ke i-Get In Touch (iGIT)

    Layari igetintouch.greateasterntakaful.com dan log masuk dengan Great ID anda. Jika belum daftar, klik "Daftar Sekarang" dan ikut langkah pengesahan menggunakan No. IC.

    2

    Pergi ke "My Service Request"

    Selepas log masuk, klik menu "My Service Request" di sidebar. Pilih "Change Contribution Method" (Tukar Kaedah Caruman) dari senarai perkhidmatan.

    3

    Pilih Sijil & Kaedah Baru

    Pilih sijil takaful yang anda mahu kemaskini. Kemudian pilih "Credit Card" sebagai kaedah caruman baru. Sistem akan paparkan borang pendaftaran kad.

    4

    Lengkapkan Maklumat Hubungan & Kad

    Sahkan maklumat hubungan anda (nombor telefon & e-mel terkini). Kemudian masukkan butiran kad: nombor kad, tarikh luput, CVV, nama pemegang kad, dan hubungan pemegang kad dengan peserta (jika bukan diri sendiri).

    5

    Pengesahan 3D Secure (OTP)

    Sistem akan minta pengesahan 3D Secure dari bank pengeluar kad anda. Masukkan OTP yang dihantar melalui SMS/e-mel oleh bank untuk sahkan transaksi.

    Selesai — Auto-Debit Aktif!

    Permohonan akan diproses dalam 2–5 hari bekerja. Anda akan terima notifikasi e-mel & SMS apabila kaedah caruman baru diluluskan. Caruman akan didebitkan secara automatik mengikut jadual matang sijil anda.

    ⚠️ Perkara Penting Diketahui

    💳 Jenis Kad Diterima

    Hanya kad Visa atau Mastercard diterima. Kad debit mestilah dikeluarkan oleh bank di Malaysia. Kad kredit antarabangsa diterima tetapi mestilah ada 3D Secure.

    👨‍👩‍👧 Hubungan Pemegang Kad

    Kad mestilah milik peserta sendiri atau ahli keluarga terdekat — pasangan, anak, ibu bapa, atau adik-beradik. Tidak boleh guna kad pakcik/makcik, rakan, atau orang luar keluarga.

    🔧 Setup Kad Debit Dahulu

    Sebelum daftar, hubungi bank pengeluar kad debit anda dan aktifkan transaksi CNP (Card-Not-Present) serta semak had harian transaksi mencukupi untuk caruman bulanan/tahunan anda.

    🔄 Tukar Kad Sedia Ada

    Sudah pernah daftar dengan kad lain? Anda boleh tukar ke kad baru menggunakan langkah yang sama melalui My Service Request → Change Contribution Method. Maklumat kad lama akan diganti.

    🚫 Status DDA

    Pendaftaran Direct Debit Authorisation (DDA) baharu telah ditangguhkan buat sementara waktu. Disarankan guna Kad Kredit / Kad Debit sebagai alternatif. DDA sedia ada masih berfungsi seperti biasa.

    📞 Bantuan Lanjut

    Untuk sebarang masalah pendaftaran, hubungi Customer Careline 1300-13-8338 (Isnin–Jumaat 8:30am–5:15pm) atau e-mel [email protected].

    📄 Panduan Visual Lengkap

    Buka Panduan PDF Rasmi (Bergambar)

    Lihat panduan langkah demi langkah dengan tangkapan skrin sebenar portal iGIT — cara tukar kaedah caruman ke kad kredit/debit, lengkap dari log masuk sehingga selesai pendaftaran.

    💡
    Tip Pro: Setelah berjaya setup auto-debit, sentiasa pastikan kad kredit/debit anda aktif & cukup limit sebelum tarikh matang caruman. Jika debit gagal 3 kali berturut-turut, sistem akan hentikan auto-debit dan anda perlu daftar semula.
    Bab 1

    Apa Itu Hibah Takaful?

    Hibah Takaful bermaksud "pemberian semasa hidup" — anda menyerahkan manfaat takaful sebagai hadiah kepada penerima yang anda pilih, melalui konsep hibah bersyarat di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI 2013).

    Pantas & Terus

    Manfaat takaful diserahkan terus kepada penama tanpa perlu menunggu Perintah Probet, Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian.

    🛡️

    Bebas Faraid

    Tidak tertakluk kepada undang-undang pembahagian harta pusaka Islam. Anda bebas menetapkan peratusan kepada sesiapa sahaja.

    💯

    100% Hak Penerima

    Penama hibah memiliki sepenuhnya manfaat takaful tersebut. Pemiutang lain TIDAK boleh menuntut wang yang telah dihibahkan.

    Penting

    Wasi vs Benefisiari Hibah Bersyarat

    Sebagai peserta takaful, anda boleh memilih dua jenis penamaan. Fahami perbezaan ini sebelum membuat keputusan.

    Penama Sebagai Wasi

    Pelaksana / Pentadbir manfaat

    • Menerima manfaat sebagai pemegang amanah
    • Wajib agihkan mengikut Faraid atau wasiat
    • Penama mestilah berumur 18 tahun ke atas
    • Sesuai jika anda mahu manfaat diagihkan ikut hukum syarak
    • Tidak boleh terus guna untuk diri sendiri

    Benefisiari Hibah Bersyarat

    Penerima manfaat sepenuhnya — DISYORKAN

    • Menerima 100% manfaat sebagai milik sendiri
    • Tidak perlu agihkan ikut Faraid
    • Tiada had umur bagi penerima hibah
    • Anda boleh tetapkan peratusan kepada lebih satu individu
    • Lebih pantas — manfaat sampai terus selepas tuntutan diluluskan
    💡
    Cadangan kami: Kebanyakan keluarga lebih sesuai memilih Benefisiari Hibah Bersyarat kerana ia memberi kawalan penuh kepada anda untuk tentukan siapa dapat berapa, dan waris tidak perlu hadapi proses panjang Mahkamah Pusaka atau Mahkamah Syariah.
    Bab 2 · Untuk Peserta

    Buat Hibah Online Melalui i-Get In Touch

    Sekarang anda boleh buat penamaan hibah secara dalam talian melalui portal layan diri rasmi Great Eastern Takaful — i-Get In Touch (iGIT). Tiada perlu pergi cawangan, tiada perlu hantar borang fizikal.

    📌
    Nota Ilustrasi: Paparan dashboard iGIT di bawah hanyalah ilustrasi rekaan untuk memudahkan pemahaman anda. Antara muka sebenar di portal Great Eastern Takaful mungkin sedikit berbeza, tetapi langkah-langkah dan menu adalah sama.
    Langkah 1

    Log Masuk ke i-Get In Touch

    Layari igetintouch.greateasterntakaful.com dan log masuk menggunakan Great ID anda (e-mel berdaftar + kata laluan). Jika belum daftar, klik "Daftar Sekarang" dan ikut langkah pengesahan menggunakan No. IC atau No. Sijil aktif anda.

    Tip: OTP 6 digit akan dihantar ke nombor telefon berdaftar. Pastikan nombor anda sentiasa terkini di rekod GET.
    igetintouch.greateasterntakaful.com
    Log Masuk
    👤
    Selamat Kembali
    Sila log masuk untuk teruskan
    E-mel (Great ID)
    Kata Laluan
    ••••••••••
    Log Masuk
    Daftar Sekarang | Lupa Kata Laluan?
    igetintouch / dashboard
    A
    🏠 Dashboard
    📋 My Portfolio
    📝 My Form
    💳 Bayaran
    📨 Track & Trace
    My Form Submission
    Dashboard › My Form › Pelantikan Penama
    📋 Certificate Alteration
    Tukar Maklumat Peribadi
    → Pelantikan / Tukar Penama Hibah
    Tukar Mod Bayaran
    Langkah 2

    Pergi ke "My Form" → Pelantikan Penama

    Selepas log masuk, klik menu "My Form Submission" di sidebar. Pilih kategori "Certificate Alteration", kemudian klik "Pelantikan / Tukar Penama Hibah". Borang permohonan elektronik akan dipaparkan.

    Maklumat dalam borang: Nama penuh penama, No. IC, hubungan dengan anda, peratus pembahagian (mesti jumlah 100%), dan butiran saksi.
    3

    Lengkapkan Maklumat Penama

    Masukkan butiran setiap penama: nama penuh, No. IC, tarikh lahir, hubungan, dan peratus pembahagian. Anda boleh pilih lebih daripada seorang penama. Pastikan jumlah peratusan = 100%.

    Contoh: Isteri 60%, Anak Sulung 25%, Ibu 15% — total 100% ✓
    4

    Isi Maklumat Saksi

    Anda perlu lantik seorang saksi dengan syarat: berusia 18 tahun ke atas, waras dan sempurna akal, dan BUKAN seorang penama yang anda lantik. Saksi boleh ahli keluarga lain atau rakan.

    5

    Hantar & Semak Status

    Klik "Submit" untuk hantar borang penamaan secara elektronik. Status permohonan boleh disemak dalam ruangan "Track & Trace" di portal iGIT yang sama. Tempoh proses biasanya 7–14 hari bekerja.

    Pengesahan: Anda akan terima notifikasi e-mel & SMS apabila penamaan diluluskan dan didaftarkan dalam sijil takaful anda.

    Selesai!

    Tahniah! Hibah anda telah didaftarkan secara rasmi. Anda boleh muat turun surat pengesahan penamaan dari portal iGIT sebagai rekod peribadi. Simpan salinan untuk rujukan keluarga.

    💬 Perlu bantuan? WhatsApp Ejen →
    📌
    Nota Penting: Jika anda berusia 16 tahun ke atas, anda dibenarkan membuat penamaan hibah. Penama boleh sesiapa sahaja — ahli keluarga, rakan, malah individu di luar keluarga. Tidak terhad kepada Muslim sahaja untuk benefisiari di bawah hibah bersyarat.
    Bab 3 · Kemaskini

    Cara Tukar Penama Hibah

    Hidup berubah — kahwin, cerai, anak baru lahir, atau penama meninggal dunia. Anda BOLEH tukar penama hibah pada bila-bila masa sepanjang sijil masih aktif. Caranya hampir sama dengan pelantikan penama, tetapi melalui borang khas tukar penama.

    💍

    Selepas Berkahwin

    Tambah pasangan sebagai penama hibah dan kemaskini peratusan pembahagian mengikut tanggungan baru.

    👶

    Anak Baru Lahir

    Masukkan anak sebagai penerima hibah. Ingat — tiada had umur untuk benefisiari hibah bersyarat.

    🕊️

    Penama Meninggal

    Jika penama hibah anda meninggal dunia dahulu, kemaskini SEGERA untuk elak komplikasi semasa tuntutan kelak.

    🏠

    Beli Rumah / Komitmen

    Penama boleh ditukar untuk pastikan manfaat takaful boleh menyelesaikan hutang rumah/kereta sebelum diagihkan.

    ⚖️

    Perubahan Strategi

    Anda boleh ubah peratusan pembahagian, ganti antara wasi/benefisiari, atau tambah/kurangkan jumlah penama.

    Cara Online

    Tukar Penama Melalui iGIT

    Log masuk ke iGIT dan ikut langkah ini:

    1. Pilih "My Form Submission"
    2. Klik "Tukar / Update Penama Hibah"
    3. Sistem akan paparkan senarai penama sedia ada
    4. Edit / buang / tambah penama mengikut keperluan
    5. Pastikan jumlah peratus = 100% sebelum hantar
    6. Lengkapkan maklumat saksi baru (jika perlu)
    7. Tandatangan elektronik & klik "Submit"
    Penting (Hibah Mutlak): Jika hibah anda berstatus Hibah Mutlak, anda perlu mendapat persetujuan penerima hibah sedia ada SEBELUM perubahan boleh dibuat. Untuk Hibah Bersyarat (paling biasa), perubahan boleh dibuat oleh anda sendiri.
    igetintouch / tukar-penama
    A
    Tukar Penama Hibah
    Sijil: i-Great Nova · 12345678
    Penama Sedia Ada
    Aminah binti Ali 60%
    Hubungan: Isteri
    Aliff bin Ahmad 40%
    Hubungan: Anak
    + Tambah Penama
    Kemaskini
    Bila perlu kemaskini: Disyorkan untuk semak penamaan hibah setiap 1–2 tahun sekali atau apabila berlaku perubahan besar dalam hidup. Penamaan yang lapuk boleh menyebabkan komplikasi semasa tuntutan oleh waris.
    Bab 4 · Untuk Waris / Penama

    Cara Tuntutan (Claim) Hibah Takaful

    Apabila peserta takaful meninggal dunia, penama hibah berhak menuntut manfaat takaful daripada Great Eastern Takaful Berhad. Berikut adalah panduan lengkap proses tuntutan, dokumen diperlukan, dan masa pemprosesan.

    ⭐ Panduan Visual Lengkap

    Lihat Panduan Bergambar Cara Claim Hibah

    Kami sediakan panduan langkah demi langkah dalam bentuk infografik yang lebih senang difahami oleh waris. Sesuai untuk dikongsi kepada keluarga sebagai rujukan kecemasan.

    📋 Proses Tuntutan Hibah — 6 Langkah

    Penama / waris perlu maklumkan kepada Great Eastern Takaful secepat mungkin setelah berlaku kematian. Berikut adalah aliran proses dari awal hingga manfaat dibayar:

    1

    Maklumkan kepada GET secepat mungkin

    Hubungi Customer Careline 1300-13-8338 atau e-mel [email protected] untuk maklumkan tentang kematian peserta takaful. Anda juga boleh hubungi terus ejen anda untuk bantuan segera (kami akan uruskan komunikasi dengan GET).

    2

    Dapatkan Borang Tuntutan Kematian (Death Claim Form)

    Borang boleh dimuat turun di portal i-Get In Touch, laman web rasmi GET, atau diambil di mana-mana cawangan GET. Borang ini perlu diisi oleh penama hibah dan disahkan oleh pegawai dibenarkan.

    3

    Sediakan Semua Dokumen Sokongan

    Senarai dokumen lengkap di bawah. Pastikan semua dokumen disahkan oleh pegawai dibenarkan — Pegawai Cawangan GET, Pesuruhjaya Sumpah, Notari Awam, Peguam, Jaksa Pendamai, Ahli Parlimen, Ketua Balai, Penghulu, atau Pegawai Daerah.

    4

    Hantar Dokumen ke Great Eastern Takaful

    Hantar pakej dokumen melalui: (a) cawangan GET berdekatan, (b) Pos berdaftar ke Ibu Pejabat di Menara Great Eastern, Jalan Ampang KL, atau (c) upload terus melalui portal iGIT (saiz fail maksimum 25MB; format PDF/PNG/JPG).

    5

    Tempoh Penyiasatan (Investigation)

    Bagi tuntutan kematian, GET akan menjalankan proses penyiasatan untuk mengesahkan tuntutan adalah sah. Tempoh penyiasatan boleh sampai 5 tahun dari tarikh sijil dikeluarkan (lihat bab seterusnya untuk penjelasan penuh). Selepas tahun ke-5, sebarang ketidakdedahan tidak boleh menjadi sebab penolakan tuntutan.

    Pembayaran Manfaat Hibah

    Setelah tuntutan diluluskan, manfaat takaful akan dibayar terus ke akaun bank penama hibah mengikut peratusan yang telah ditetapkan. Tempoh biasa pemprosesan: 14–30 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima (untuk kes mudah & berada di luar tempoh penyiasatan).

    📂 Senarai Dokumen Diperlukan

    Sediakan dokumen berikut. Pastikan setiap salinan disahkan oleh pegawai dibenarkan sebelum dihantar.

    📋
    Borang Tuntutan Kematian (lengkap & disahkan)
    📜
    Sijil Kematian asal & salinan disahkan
    🪪
    Salinan IC simati (kedua-dua belah)
    🪪
    Salinan IC penama / waris
    📄
    Sijil Takaful asal (jika ada)
    🏥
    Laporan perubatan / sijil kesihatan terakhir
    ⚰️
    Permit pengebumian (Borang JPN.LM02)
    📝
    Laporan polis (jika kematian akibat kemalangan)
    🔬
    Laporan post-mortem (jika ada)
    🏦
    Salinan buku akaun bank penama
    💼
    Surat pengesahan majikan (jika berkaitan)
    📑
    Surat Penamaan / Pelantikan Hibah asal
    ⚠️
    Sebab-sebab Tuntutan DITOLAK: Tidak buat pendedahan penting, sijil tidak berkuat kuasa (lapse), kematian dalam tempoh menunggu (waiting period), kematian akibat klausa pengecualian (contoh: bunuh diri dalam tahun pertama sijil), dokumen tidak lengkap. Sila pastikan sijil sentiasa aktif dan dokumen tuntutan lengkap sebelum dihantar.
    💚
    Bantuan Penuh dari Ejen Kami: Sebagai ejen GET berdaftar, kami sedia bantu keluarga anda menguruskan proses tuntutan dari A hingga Z — tanpa caj tambahan. Hubungi kami di +6011-1881 8316 untuk bantuan segera.
    Bab 5 · Penting Diketahui

    Tempoh Penyiasatan 5 Tahun (Contestability Period)

    Setiap sijil takaful tertakluk kepada satu tempoh penyiasatan di mana pengendali takaful boleh menyiasat tuntutan kematian dan menolak tuntutan jika terdapat ketidakdedahan penting (non-disclosure) semasa permohonan sijil. Fahami konsep ini supaya tiada terkejut kelak.

    5
    Tahun Pertama Sijil

    Tempoh Penyiasatan Penuh

    Dalam tempoh 5 tahun pertama dari tarikh sijil dikeluarkan atau dikuatkuasakan semula (reinstatement), Great Eastern Takaful BERHAK untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh ke atas sebarang tuntutan kematian — termasuk merujuk kepada rekod perubatan lalu, kenyataan dalam borang permohonan, dan keadaan kematian.

    📅 Bila Bermula?

    Tempoh 5 tahun bermula daripada tarikh kuatkuasa sijil atau tarikh kuatkuasa semula (jika sijil pernah lapse dan diaktifkan semula) — yang mana terkemudian.

    🔎 Apa Yang Disiasat?

    Pengendali takaful akan menyemak borang permohonan asal, rekod perubatan di hospital/klinik yang pernah dilawati simati, dan kenyataan tentang status kesihatan & gaya hidup yang diberi semasa permohonan.

    ⚖️ Asas Penolakan

    Tuntutan boleh ditolak jika ditemui peserta tidak dedahkan maklumat material — contoh: penyakit sedia ada, sejarah merokok, sejarah perubatan keluarga — yang sepatutnya didedahkan dalam borang cadangan.

    🛡️ Selepas 5 Tahun

    Selepas tempoh ini berakhir, sijil dianggap "incontestable" — pengendali takaful TIDAK BOLEH lagi tolak tuntutan berdasarkan ketidakdedahan, kecuali dalam kes penipuan (fraud) yang nyata.

    ✍️ Tanggungjawab Peserta

    Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Jadual 9, peserta WAJIB beri maklumat benar & lengkap dalam borang permohonan. Kewajipan ini berterusan walaupun sijil sudah dikeluarkan.

    ⏱️ Tempoh Pemprosesan Tuntutan

    Tuntutan dalam tempoh penyiasatan biasanya mengambil masa 30–90 hari untuk diproses sepenuhnya. Tuntutan selepas 5 tahun lazimnya lebih pantas — sekitar 14–30 hari bekerja.

    ⚠️
    Pengecualian khas — Klausa Bunuh Diri: Tiada sebarang tuntutan akan dibayar bagi kejadian bunuh diri (sama ada peserta waras atau tidak) yang berlaku dalam tahun pertama sijil berkuatkuasa atau dari tarikh berkuatkuasa semula. Ini berasingan daripada tempoh penyiasatan 5 tahun.
    💡
    Cara Elak Masalah Tuntutan: (1) Beri maklumat jujur & lengkap dalam borang cadangan — termasuk semua rekod perubatan lalu walaupun nampak tidak penting. (2) Kemaskini perubahan status kesihatan kepada GET. (3) Bayar caruman tepat masa supaya sijil tidak lapse. (4) Simpan dokumen sijil di tempat selamat & maklumkan kepada penama hibah anda.
    📞 Ada Soalan?

    Bincang Dengan Ejen Kami Tentang Hibah Anda

    Setiap kes hibah & tuntutan adalah berbeza. Hubungi kami untuk konsultasi PERCUMA — kami akan bantu anda fahami sijil sedia ada, semak penamaan hibah, dan bantu pilih pelan baru jika perlu.

    Takaful4Us adalah platform peribadi ejen Takaful untuk menyampaikan maklumat-makluamt terbaru tentang kelebihan dan manfaat produk Takaful. Kami menyediakan khidmat nasihat dan servis pendaftaran Takaful di bawah Great Eastern Takaful.

    CONTACT US

    + 601118818316 [email protected]
    35, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Follow Us

    The information provided on this website https://takaful4us.com is for general informational purposes only. It is not intended as legal, financial, or insurance advice and should not be construed or relied on as such. The details provided are subject to change based on the specific terms and conditions of an individual Takaful policy. The products and services offered on this website are underwritten by respected Takaful Operators. All claims and disputes regarding the products and services should be directed to respected Takaful Operators. By using this website, you agree to be bound by our Terms of Use and Privacy Policy. If you do not agree with these terms, please do not access or use this website. All rights reserved. The content of this website, including all text, graphics, images, and other material, is protected by copyright law and may not be copied, reproduced, distributed, republished, downloaded, displayed, posted, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of The Author. The Author makes no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability, or availability of the information, products, services, or related graphics contained on this website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk. In no event will The Author be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
    © Copyright 2025 Takaful4Us
    Privacy Policy Terms of Service