Hibah bemaksud hadiah,hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) melalui sijil takaful yang akan diberikan sejumlah pampasan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.
ANDA PILIH YANG MANA SATU?
APAKAH KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL?
- Penama adalah penerima mutlak.
- Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid yang rumit & makan masa yang panjang.
- Mengelakkan konflik keluarga (perebutan) pampasan,kerana hibah tidak boleh dipertikai & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.
- Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja walaupun individu tersebut tidak berhak dalam faraid.
HIBAH VS FARAID
Berikut ialah cara pengagihan mengikut sistem faraid bagi individu muslim.Hukum faraid adalah WAJIB.Dengan hibah,pampasan kematian tidak perlu melalui sistem faraid.Bagaimanapun harta pusaka lain tertakluk kepada faraid.
JIka berlaku kematian,semua harta & akaun simati termasuk simpanan,asb,epf akan dibekukan sementara bagi memalui proses wasiat atau faraid.Hibah Takaful (pampasan takaful) antara instrumen yang terbaik untuk penama mendapat wang dengan segera untuk meneruskan hidup sementara akaun yang dibekukan dapat dicairkan semula.
Dengan hibah takaful,konflik keluarga atau perebutan harta pampasan dapat dielakkan.
Wang pampasan dapat disalurkan dengan lebih cepat bagi penama dapat meneruskan kehidupan.
CONTOH PELAN HIBAH TAKAFUL YANG DIAMBIL OLEH SEORANG SUAMI UNTUK DIBERIKAN KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK JIKA SUAMI TERSEBUT MENINGGAL DUNIA.