kad medikal

Tempoh Penting Dalam Takaful Yang Wajib Anda Faham

Zaman sekarang, ramai masyarakat Malaysia semakin sedar terhadap kepentingan takaful semakin tinggi terutamanya dalam kategori Takaful Perubatan (yang dapat Medical Card tu). Semua orang mahu dapatkan bilik rawatan yang selesa ketika dirawat di hospital. Selepas kawan saya terpaksa dimasukkan ke wad akibat penyakit sinus infection dan dikenakan bayaran lebih kurang RM6000 untuk 3 hari, beliau sangat bersyukur kerana telah mendapatkan kad medikal lebih awal semasa sedang sihat.

Kesesakan yang berlaku di hospital- hospital milik kerajaan serta kos perubatan yang tinggi di hospital swasta antara faktor utama orang ramai mahu memiliki kad perubatan sendiri. Lebih selesa dan menjimatkan. Betul tak?

Pernah tak anda dengar pemegang polisi takaful tidak mendapat manfaat yang sepatutnya dari syarikat takaful? Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan seorang individu yang ingin menyaman sebuah syarikat takaful disebabkan tidak berpuas hati dengan servis yang diterima.

Hal seperti ini terjadi biasanya disebabkan oleh salah faham atau kurang pengetahuan tentang polisi yang diambil. Oleh itu, sebagai seorang pelanggan kad perubatan, anda harus tahu beberapa ‘tempoh penting’ yang wujud di dalam polisi anda secara am.

1. TEMPOH BERTENANG (Free Look Period)

Waktu terbaik untuk mengambil Takaful. – IMRAN ZAKIR

Tempoh bertenang ini juga disebut sebagai cooling period. Tempoh sepanjang 15 hari ini bermula sebaik sahaja permohonan anda diluluskan oleh pihak takaful. Dalam tempoh ini, anda haruslah membaca dan memahami pelan takaful yang sudah anda ambil seperti yang tertulis di dalam buku polisi anda.

Jika anda tidak berpuas hati atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma yang wujud di dalam buku polisi, anda berhak untuk membuat aduan kepada syarikat pengendali takaful seterusnya membatalkan polisi tersebut. Untuk makluman anda, caruman yang telah dibayar akan dipulangkan semula.

Sebelum ambil mana-mana kad perubatan yang ditawarkan, fahami dulu ‘faktor-faktor penting dalam memilih kad perubatan.’

2. TEMPOH MENUNGGU (Waiting Period)

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Tempoh Bertenang, Tempoh Menunggu dan  Siasatan Dalam Takaful? - azizulwmc.com

Tempoh kedua dan yang paling penting dalam polisi takaful anda ialah tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kad perubatan anda di hospital panel masing-masing. Secara amnya, kebanyakan pengendali takaful meletakkan 120 hari tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kemudahan ini.

Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.

i) 0 hari

Sebaik sahaja polisi anda di luluskan, perlindungan untuk kes kemalangan terus berkuat kuasa, bermakna tiada tempoh menunggu diperlukan kerana kemalangan tidak mempunyai simptom.

ii) 30 hari

Anda sudah boleh menggunakan kemudahan kad perubatan bagi tujuan rawatan dalam wad terhadap penyakit am seperti, denggi, viral fever, bronchitis, diarhea,dan beberapa jenis lagi.

iii) 120 hari

Perlindungan menyeluruh bermula untuk semua jenis penyakit dan kemalangan yang dibenarkan seperti yang tercatat dalam buku polisi.

3. TEMPOH SIASATAN (Contestability Period)

تويتر \ En Takaful على تويتر: "2. 4 bulan/120 hari selepas polisi aktif -  semua penyakit yg nyata & tidak berpanjangan termasuk penyakit  persekitaran. Contoh penyakit: demam panas, viral fever, jangkitan  virus/kuman & malaria"

Tempoh siasatan ini adalah selama dua (2) tahun selepas permohonan polisi anda diluluskan. Dalam tempoh ini, pihak syarikat berhak untuk menyiasat latar belakang kesihatan anda sekiranya terdapat unsur yang meragukan semasa membuat tuntutan.

Sebagai contoh, jika anda baru sahaja memiliki polisi takaful selama enam (6) bulan tetapi sudah membuat tuntutan menghidap penyakit kanser tahap keempat (iaitu tahap yang kritikal), tuntutan anda akan ditolak. Hal ini kerana penyakit kanser tersebut sudah sedia ada sebelum permohonan takaful dibuat.

Begitu juga utk kes sinus, appendix, batu karang, batu dlm hempedu, thyroid, fibroid, anda perlu menunggu polisi 2 tahun ke atas untuk penggunaan medical card. Kebiasaan sakit di atas mempunyai tanda2 awal sebelum sakit tahap serius. Contohnya kes appendix dan batu dalam hempedu. Biasanya tanda-tanda awal dgn adanya gastrik boleh buat rawatan. Tetapi paid and claim. Siasatan akan dilakukan dlm tempoh 3 bulan clear tiada rekod. Pihak company bayar semula kos rawatan.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengambil tahu tahap kesihatan anda sebelum mengambil mana-mana polisi takaful. Semua syarikat serta produk takaful yang ditawarkan tidak akan memberi pampasan atau rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan quotation takaful percuma, sila isi maklumat anda di butang bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Penapis air Cuckoo
Hai saya Ainaa. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Hibah Takaful

Bagaimana Hibah Takaful Dapat Menjamin Kesejahteraan Keluarga Anda?

Bagaimana Hibah Takaful Dapat Menjamin Kesejahteraan Keluarga Anda? Adakah anda tahu bahawa hibah takaful adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan kesejahteraan keluarga anda? Hibah ...
Baca Lagi →

17 Tips Memilih, Menggunakan Kad Perubatan & Memilih Agent Takaful Yg Bertanggungjawab

Di sebabkan banyak isu viral baru-baru ni disebabkan KAD PERUBATAN, MJ sharekan Tips menggunakan KAD PERUBATAN & memilih agent TAKAFUL . Melalui 6 tahun pengalaman ...
Baca Lagi →
Takaful

Kenapa Anda Perlu Ada Perlindungan Penyakit Kritikal (CI)?

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 16,235 mangsa yang merangkumi 15% kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun 2019 adalah disebabkan oleh penyakit jantung, menjadikannya penyebab kematian ...
Baca Lagi →
Takaful

Medical Card Atau Hibah Takaful Yang Mana Lebih Penting-Takaful4Us

Mana patut saya pilih. Nak ambil Kad perubatan ke hibah dahulu? Dua-dua produk takaful. Ada orang pilih untuk memiliki kad perubatan sahaja buat diri dan keluarga, ...
Baca Lagi →

Nak dapatkan pelan Takaful mampu milik?

Ada soalan tentang Takaful?

Topik lain anda mungkin berminat

Takaful

Ciri-Ciri Aplikasi Pulse by Prudential

Jika anda telah dapatkan pelan Takaful daripada Prudential, jangan lupa download ...
Baca Lagi →

Konsep Tabarru Dalam Takaful Dalam Takaful

Kenapa Anda perlu Fahami Konsep Tabarru Sistem kewangan Islam dilihat semakin ...
Baca Lagi →
Kad Medikal

Ciri-Ciri Kad Perubatan Yang Bagus Untuk Anda

Medical card yang bagus? Yang mana satu terbaik untuk anak dan ...
Baca Lagi →
Kad Medikal

Tips Memilih Kad Medikal Takaful Terbaik

Memiliki medical card bukanlah satu benda yang wajib, tetapi sekiranya ada, ...
Baca Lagi →
Cara Tuntut Kad Medikal

Langkah-Langkah Mengunakan Medical Card Dan Membuat Tuntutan

Tuntutan sebagai pesakit luar Akibat kemalangan Fisiotrapi             iii. Temujanji doktor ...
Baca Lagi →
Hibah

7 Sebab Tuntutan Takaful Anda Ditolak

Sudah ada pelan takaful tapi semasa membuat tuntutan, tuntutan anda ditolak ...
Baca Lagi →
Hibah
FAQ

7 Sebab Tuntutan Takaful Anda Ditolak

Sudah ada pelan takaful tapi semasa membuat tuntutan, tuntutan anda ditolak oleh syarikat pengendali Takaful? Saya nak share kenapa boleh jadi macam itu. 1. Anda tidak mengesahkan penyakit sedia ada

Baca Lagi
Kad Medikal
FAQ

Tips Memilih Kad Medikal Takaful Terbaik

Memiliki medical card bukanlah satu benda yang wajib, tetapi sekiranya ada, ia akan sangat-sangat membantu anda di saat anda memerlukan rawatan tanpa perlu menunggu ‘que’ yang panjang di hospital kerajaan.

Baca Lagi
FAQ

Konsep Tabarru Dalam Takaful Dalam Takaful

Kenapa Anda perlu Fahami Konsep Tabarru Sistem kewangan Islam dilihat semakin berkembang malah kehadirannya kian dirasai semua ahli masyarakat. Jika sebelum ini kita telah dibesarkan dengan sistem konvensional, namun hari

Baca Lagi

Share