Konsep Tabarru Dalam Takaful Dalam Takaful

Kenapa Anda perlu Fahami Konsep Tabarru

Sistem kewangan Islam dilihat semakin berkembang malah kehadirannya kian dirasai semua ahli masyarakat. Jika sebelum ini kita telah dibesarkan dengan sistem konvensional, namun hari ini masyarakat mempunyai pilihan atau inisiatif lain yang ditawarkan institusi kewangan Islam.

Namun, kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan sistem kewangan Islam berada pada tahap mendukacitakan. Masih ramai dalam kalangan umat Islam hari ini terbabit dengan urusan insurans konvensional, ada yang tidak tahu wujud produk takaful di pasaran.

Ada berpendapat produk ditawarkan pengendali takaful tidak komprehensif, mahal serta tidak berdaya saing. Seolah-olah mereka mencipta seribu satu alasan untuk ‘menutup’ ruang dan peluang kepada sistem takaful.

Seharusnya kita sedar kepentingan utama masyarakat khususnya umat Islam menyertai takaful adalah demi kebaikan diri serta mengelakkan unsur riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (perjudian).

Sebagai seorang Muslim yang beriman, sudah pasti kita sentiasa ingin memastikan apa juga dilakukan seharian selari dengan kehendak dan prinsip Islam. Sebaiknya kita menjauhi muamalah yang mendedahkan kita dengan dosa riba.

Perangi riba

Jauhi Riba!!! Antara Sebabnya Seperti Berzina Dengan Ibu Sendiri – Duit Hang.Com

Amalan riba telah dinyatakan secara terang menjadi satu dosa pada pengamalnya malah Allah SWT dan rasul-Nya juga mengisytiharkan perang terhadap orang terbabit dengan riba sama ada pemberi, penerima, penulis perjanjian berkaitan riba dan sebagainya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan rasul-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 278)

Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang sangat tinggi termasuklah dalam soal harta. Adalah tidak wajar mencabuli harta yang dimiliki kerana ia dikira mencabul kehormatan harta itu. Riba adalah satu bentuk pencerobohan terhadap harta secara batil.

Contohnya, dalam pinjaman pertambahan kepada nilai pokok yang diberikan dianggap sebagai mendapatkan habuan tanpa ada susah payah, malah diperoleh atas kesusahan orang lain. Islam mengharamkan riba untuk menjaga maruah seseorang daripada dicerobohi.

Sistem tolong menolong

Helping Others Vector Art, Icons, and Graphics for Free Download

Sistem takaful adalah satu sistem berteraskan prinsip syariah yang menjamin ‘ketelusan dan keadilan’ demi memastikan semua pihak tidak merasa tertindas. Prinsip utama takaful ialah semua pihak dapat berasa manfaat dan tidak terasa sebarang keraguan atau tertipu.

Contohnya, seperti membayar sesuatu dengan harga mahal tetapi tidak mendapat barang yang dikehendaki, atau pun barang itu hanya dijanjikan jika berlaku sesuatu musibah ke atas diri atau hartanya.

Kontrak takaful berasaskan tabarru’ (derma) dan taawun (tolong-menolong), di mana semua peserta yang memilih atau menyertai pelan takaful bersetuju untuk saling menolong, jamin menjamin antara mereka ketika ditimpa musibah.

Maksudnya, semua peserta menyumbang dengan ikhlas untuk saling membantu jika ditimpa musibah. Dengan konsep tabarru’ dan ta’awun itu, maka akan terhapus sikap keakuan, serta menyemarakkan rasa kasih sayang.

Aktiviti sistem takaful dikawal selia oleh jawatankuasa syariah bagi memastikan semua produk, pelaburan dan pengurusan selaras prinsip syariah. Demi memastikan segala maklumat produk dan pelan diketahui umum, pengendali takaful turut melantik ejen sebagai dai atau wakil.

Mereka dilantik untuk mempromosikan produk dan pelan perlindungan takaful kepada masyarakat. Justeru, ejen takaful bertanggungjawab memberikan maklumat jelas dan tepat berkenaan pelan takaful diambil.

Empat kriteria penting yang perlu ada pada ejen takaful yang ingin melaksanakan jihad ekonomi ialah sidiq (menyampaikan), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatonah (bijaksana).

Semua masyarakat khususnya umat Islam hendaklah mempunyai kesedaran tinggi untuk mengambil perlindungan takaful supaya diri dan keluarga sentiasa dilindungi jika ditimpa musibah atau kesusahan.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Penapis air Cuckoo
Hai saya Ainaa. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Hibah Takaful

Bagaimana Hibah Takaful Dapat Menjamin Kesejahteraan Keluarga Anda?

Bagaimana Hibah Takaful Dapat Menjamin Kesejahteraan Keluarga Anda? Adakah anda tahu bahawa hibah takaful adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan kesejahteraan keluarga anda? Hibah ...
Baca Lagi →

17 Tips Memilih, Menggunakan Kad Perubatan & Memilih Agent Takaful Yg Bertanggungjawab

Di sebabkan banyak isu viral baru-baru ni disebabkan KAD PERUBATAN, MJ sharekan Tips menggunakan KAD PERUBATAN & memilih agent TAKAFUL . Melalui 6 tahun pengalaman ...
Baca Lagi →
kad medikal

Tempoh Penting Dalam Takaful Yang Wajib Anda Faham

Zaman sekarang, ramai masyarakat Malaysia semakin sedar terhadap kepentingan takaful semakin tinggi terutamanya dalam kategori Takaful Perubatan (yang dapat Medical Card tu). Semua orang mahu ...
Baca Lagi →
Takaful

Kenapa Anda Perlu Ada Perlindungan Penyakit Kritikal (CI)?

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 16,235 mangsa yang merangkumi 15% kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun 2019 adalah disebabkan oleh penyakit jantung, menjadikannya penyebab kematian ...
Baca Lagi →

Nak dapatkan pelan Takaful mampu milik?

Ada soalan tentang Takaful?

Topik lain anda mungkin berminat

Takaful

Ciri-Ciri Aplikasi Pulse by Prudential

Jika anda telah dapatkan pelan Takaful daripada Prudential, jangan lupa download ...
Baca Lagi →
Kad Medikal

Ciri-Ciri Kad Perubatan Yang Bagus Untuk Anda

Medical card yang bagus? Yang mana satu terbaik untuk anak dan ...
Baca Lagi →
Kad Medikal

Tips Memilih Kad Medikal Takaful Terbaik

Memiliki medical card bukanlah satu benda yang wajib, tetapi sekiranya ada, ...
Baca Lagi →
Cara Tuntut Kad Medikal

Langkah-Langkah Mengunakan Medical Card Dan Membuat Tuntutan

Tuntutan sebagai pesakit luar Akibat kemalangan Fisiotrapi             iii. Temujanji doktor ...
Baca Lagi →
Hibah

7 Sebab Tuntutan Takaful Anda Ditolak

Sudah ada pelan takaful tapi semasa membuat tuntutan, tuntutan anda ditolak ...
Baca Lagi →
Takaful

Medical Card Atau Hibah Takaful Yang Mana Lebih Penting-Takaful4Us

Mana patut saya pilih. Nak ambil Kad perubatan ke hibah dahulu? Dua-dua ...
Baca Lagi →
Takaful
FAQ

Ciri-Ciri Aplikasi Pulse by Prudential

Jika anda telah dapatkan pelan Takaful daripada Prudential, jangan lupa download aplikasi Pulse by Prudential. Jika masih belum download, sila ikuti cara berikut; Muat turun aplikasi “We Do Pulse” dari

Baca Lagi
Takaful
FAQ

Apa Itu Takaful?

Pengenalan Takaful Sebelum anda membuat pemilihan pelan insurans buat diri dan keluarga, anda haruslah faham konsep takaful dengan jelas agar ia dapat memberi perlindungan yang terbaik sesuai dengan kemampuan kewangan.

Baca Lagi
Hibah
Hibah

Apa Itu Hibah Takaful

Hibah bemaksud hadiah,hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) melalui sijil takaful yang akan diberikan sejumlah pampasan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid

Baca Lagi

Share